Akhirnya 10 Remaja Sesat Selamat Ditemui

Kejadian di Semenyih: Sepuluh remaja lelaki termasuk enam pelajar sekolah menengah yang sesat ketika mendaki Gunung Tok Wan, Bukit Broga, di...



Kejadian di Semenyih: Sepuluh remaja lelaki termasuk enam pelajar sekolah menengah yang sesat ketika mendaki Gunung Tok Wan, Bukit Broga, di sini, semalam berjaya ditemui, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Semua mangsa berusia 16 hingga 21 tahun itu dikatakan berjalan kaki menuju ke sebuah perkampungan Orang Asli di Kampung Kachau Dalam sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. 

Mereka yang terdiri daripada dua kumpulan berasingan dikatakan mendaki ke kawasan itu untuk melihat matahari terbit, kira-kira jam 4 pagi. 


Namun, mereka dikatakan mahu berpatah balik untuk turun selepas kehilangan petunjuk menuju ke gunung terbabit.

Selepas lebih 24 jam sesat, semua remaja termasuk seorang yang cedera di kaki itu menemui sebuah perkampungan Orang Asli dan diselamatkan pihak berkuasa.

Beberapa daripada mereka dikatakan sempat menghubungi talian kecemasan dan keluarga menerusi telefon bimbit memaklumkan kejadian itu.

Via-MyMetro

Related

Isu Tempatan 6619217698312179469

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .