Aidil Zafuan Tidak Patut Berkira Dengan Anak Anak - Rita Rudaini

Seperti yang diketahui baru baru ini dalam satu kenyataan kepada mahkamah, Aidil Zafuan telah mengakui yang beliau hanya mampu memberikan RM...



Seperti yang diketahui baru baru ini dalam satu kenyataan kepada mahkamah, Aidil Zafuan telah mengakui yang beliau hanya mampu memberikan RM2,000 kepada Rita Rudaini sebagai nafkah buat anak anak mereka dan kenyataan ini menerima pelbagai reaksi daripada para peminat.


Dalam temubual bersama Berita Harian hari ini, Rita Rudaini mengakui sebak apabila mendengar kenyataan bekas suaminya itu dan berkata Aidil Zafuan tidak sepatutnya berkira dengan jumlah perbelanjaan anak anak lebih lebih lagi di zaman sekarang.

“Saya sangat sebak sewaktu mendengar pengakuan Aidil. Bayangkan kos sara hidup sekarang bukannnya murah, yuran sekolah saja sudah mahal. Belum lagi termasuk makan pakai dan sakit pening. Saya tidak tahu hendak kata apa”

“Dia tidak sepatutnya berkira dnegan anak. Janganlah disebabkan terlalu ingin menjaga hati banyak pihak, dia sanggup korbankan kebajikan anak, sedangkan dia sepatutnya mengutamakan anak terlebih dahulu,” kata Rita Rudaini.






Rita Rudaini menambah yang beliau sendiri mampu memberikan kehidupan yang selesa buat anak anak mereka namun tidak mahu Aidil Zafuan melupakan tanggungjawab beliau sebagai seorang bapa.

Via-RotiKaya


Related

Info Artis 1804253244642331459

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .