Gempar!!! Pakwe Tasha Shila Miliki Tatu Di Badan???

Selepas kisah Tasha Shilla kini bercinta dengan seorang lelaki yang aktif dalam sukan muay thai, perkara pertama yang menjadi perhatian rama...


Selepas kisah Tasha Shilla kini bercinta dengan seorang lelaki yang aktif dalam sukan muay thai, perkara pertama yang menjadi perhatian ramai adalah penampilan peribadi jejaka itu yang bukan beragama Islam & memiliki badan bertatu.

Tidak pernah mengulas tentang perkara tersebut, baru baru ini Tasha Shilla menerusi majalah Media Hiburan memberitahu yang beliau sebenarnya tidak pernah ambil pusing dengan keadaan fizikal kekasihnya itu lebih lebih lagi tentang isu bertatu.




“Saya bukan jenis individu yang suka menilai orang lain dari luarannya. Jadi saya tidak mahu menilai dia berdasarkan perkara tersebut,” jelas selebriti ini ringkas yang turut menolak dakwaan yang beliau hanya mahu bercinta dengan ahli sukan.

Mengulas tentang percutian beliau bersama kekasihnya ke Phuket baru baru ini, Tasha Shilla menjelaskan yang ianya dirancang oleh satu kumpulan produksi drama selepas tamat menjalani penggambaran selama enam bulan dan bukan pergi berdua sahaja.

“Saya teruja dengan percutian ini kerana itulah pertama kali saya ke Phuket dan kami sempat pergi ke lapan pulau yang terdapat di situ. Saya juga berpeluang belajar muay thai selama tiga hari di sana,” tambah Tasha Shilla lagi. 

Via-RotiKaya

Related

Info Artis 1774620390160362543

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .