Tentera USA Terlihat Di Ipoh Dan Kota Bharu?

Gambar di bawah tersebar di media sosial. Katanya ada aktiviti tentera asing dikesan sudah berada di dalam negara kita. Antara yang menyebar...


Gambar di bawah tersebar di media sosial. Katanya ada aktiviti tentera asing dikesan sudah berada di dalam negara kita. Antara yang menyebarkan nya di twitter ;


ini gambar yang lebih jelas...



Apa yang berlaku sebenarnya ialah mereka sedang lakukan latihan. Ini antara usahasama perkongsian latihan dua buah negara yang melibatkan pasukan ketenteraan dari Malaysia dan USA.

BACA INI ;

Latihan Pasukan Gerakan Khas (PGK) bersama US Army dan US Navy.
Latihan ini dijalankan bersama 'C' Company 1 Batalion 1 Special Forces Group yang berpengkalan di Pulau Okinawa Jepun dan beribu pejabat di Hawaii.
Gandingan latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (Unit Tindakan Khas) telah bermula
sejak tahun 1996 sehingga kini. Latihan dijalankan 1 atau 2 kali

setahun dengan US Army dan kadang kala terdapat juga latihan dengan US Navy dalam bidang penyelam tempur.
Bertempat di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, latihan yang berlangsung pada hari ini adalah bersama tentera US Army bermula pada 16 Januari dengan acara penerjunan persahabatan dan berakhir pada 17 Februari 2012. Kumpulan US Army
ini diketuai oleh Major Stephen Taylor. Terdapat 40 operatif US dan 38

operatif PGK dalam latihan ini, manakala kumpulan sniper pula telah

menjalankan latihan di LISRAM Pulau Langkawi selama dua minggu.
Perkara-perkara yang didedahkan dalam latihan ini adalah:-
1) Kemahiran medan/teknik menembak
2) Kemahiran merancang dan mengendali serbuan bangunan
3) Kemahiran 'perubatan tempur' (Combat causality care)
4) Kemahiran letupan
5) Pertempuran dikawasan bandar (fighting in built up area-(FIBUA)
6) Perancangan operasi
7) Latihan Sniper
Setelah
latihan tamat, Pasukan Gerakan Khas (UTK) akan mengajar kemahiran

pengiring rapat kepada pihak 'C' Company 1 Battalion, 1 Special Forces

Group selama 3 hari (reciprocal training). Semasa latihan peringkat

akhir, seramai 4 Pegawai FBI dari Los Angeles Field Office akan

menjalakan latihan 'evidence collection'.
Sebagai penghormatan, pada 15 Februari 2012, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat

Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH Dato' Azizan bin Abd Aziz,

Komander 69 Komando telah menerima anugerah Sayap Penerjunan Tentera US
Kehormat yang telah berlangsung di Unit Udara Polis Ipoh, Perak.

Rujukan : https://forum.lowyat.net/topic/2142438/+580

p/s: Lebih banyak gambar-gambar di dalam link yang di atas. Harap ini dapat menjawab persoalan mengenai penyebaran gambar di atas.

Related

info semasa 3010982308323695319

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .