Profil Kapten Nadira Ramli Kekasih Co Pilot #MH370

Menurut satu laporan akhbar Daily Express yang berpangkalan di Sabah berkata, Kapten Nadira Ramli, 26, yang bertugas di AirAsia, merupakan a...



Menurut satu laporan akhbar Daily Express yang berpangkalan di Sabah berkata, Kapten Nadira Ramli, 26, yang bertugas di AirAsia, merupakan anak perempuan kepada seorang juruterbang kanan Malaysia Airlines (MAS).Beliau kini bersama dengan ibu Fariq di sebuah hotel yang tidak didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur.

Fariq Abdul Hamid yang merupakan pembantu juruterbang pesawat MH370 yang hilang, merancang untuk berkahwin dengan kapten nadira ramli seorang jurterabang AirAsia.

Tag : Profil Kapten Nadira Ramli Kekasih Co Pilot MH370

Akhbar Daily Express dan beberapa portal berita mendakwa bahawa kapten nadira ramli diberi cuti sebulan bagi membolehkan beliau mengharungi kesedihannya di atas kehilangan teman lelaki yang berusia 27 tahun bersama dengan 11 anak kapal lain dan 227 penumpang dalam pesawat MH370.Kedua-dua mereka pernah belajar di sekolah juruterbang di Langkawi dan telah mengenali antara satu sama lain selama sembilan tahun.

Akhbar itu menambah bahawa kapten Nadira Ramli merupakan anak bongsu kepada Kapten Ramli Ibrahim dan Nancy Jipanis yang berada di Penampang, Sabah.Akhbar harian itu memetik seorang saudara di Kota Kinabalu sebagai berkata bahawa Nadira begitu tenang, yang dilihat memberi kekuatan kepada ibu Fariq ketika ini.

Nancy dan suaminya dilaporkan kecewa dengan akhbar dan media sosial yang mencetuskan “pelbagai cerita” mengenai pesawat MH370 yang hilang.



Akhbar Harian itu berkata, Fariq, yang merupakan anak bongsu kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri Selangor, Abdul Hamid Mad Daud, berhasrat untuk berkahwin Nadira tidak lama lagi.

Akhbar tempatan di sini cuba untuk menemubual bapa saudara Fariq, Aziz Daud, 47, di rumahnya di Bunut Susu, Pasir Mas, pada Ahad tetapi ditolak secara baik.

Beliau telah dinasihatkan oleh MAS dan Kementerian yang berkaitan untuk tidak bercakap kepada media, kata Aziz.

Bagaimanapun, sepupu Fariq yang enggan namanya disiarkan, berkata juruterbang itu tidak pernah bersekolah di Kelantan kerana beliau dibesarkan di Kuala Lumpur.

Pastinya gadis adalah antara individu yang terkesan dek kerana berita tragedi seperti yang berlaku terhadap kapal terbang Mh370 MAS Malaysia Airlines. Oleh sebab itulah mengambil kira tekanan dan dugaan hebat yang perlu dihadapi oleh Kapten Nadira Ramli, AirAsia telah memberi cuti sebulan kepadanya untuk tujuan menenangkan diri.

Biodata Kapten Nadira Ramli
  • Nama Penuh : Nadira Binti Ramli
  • Umur : 26 tahun
  • Hubungan dengan Fariq Abdul Hamid (27 tahun) Co Pilot MH370 MAS : Kekasih
  • Anak ke berapa : anak bongsu
  • Jawatan :
  • Ayah Kapten Nadira Ramli : Juruterbang kanan MAS Malaysia Airlines
  • Sejarah perkenalan Kapten Nadira Ramli & Fariq Abdul Hamid : Berkenalan sejak semasa belajar di sebuah sekolah penerbangan di Langkawi Kedah sehingga sekarang selama 9 tahun
  • Perkembangan terkini Kapten Nadira Ramli : Berada disisi ibu Fariq Abdul Hamid di sebuah hotel yang lokasinya tidak didedahkan di sekitar Kuala Lumpur
  • Karakter : Kenalan rapat menyifatkan Nadira Sebagai seorang yang tenang dalam menghadapi kesukaran dan menjadi tonggak kekuatan kepada ibu Fariq yang menanti kepulangan anaknya.
  • Majlis perkahwinan Kapten Nadira Ramli & Fariq Abdul Hamid : Sebenarnya, mereka telah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.
Via - Berita Semasa / Mstar /Majalahreviews

Related

Info Fakta 8066211762775147955

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .