Aidil Zafuan Hanya Mampu Beri Nafkah Rita Rudaini RM2,000 Sebulan

Dalam perkembangan terbaru kes tuntutan nafkah Rita Rudaini dan anak anak terhadap Aidil Zafuan, pemain bola sepak itu memberikan kenyataan ...



Dalam perkembangan terbaru kes tuntutan nafkah Rita Rudaini dan anak anak terhadap Aidil Zafuan, pemain bola sepak itu memberikan kenyataan kepada mahkamah yang beliau mampu membayar RM2,000 sebulan kepada bekas isterinya itu.



Menurut Aidil Zafuan, jumlah itu diberikan selepas beliau keluar dari rumah kelamin mereka di Kota Damansara pada Januari 2012 dan dari jumlah RM2,000 itu beliau tidak memecahkannya untuk bayaran tertentu kerana terpulang kepada Rita Rudaini untuk menguruskan wang berkenaan sebagai nafkah kepada dua anak lelaki mereka.

“Dalam tempoh perkahwinan, saya memberikan RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan. Tetapi, sejak keluar dari rumah, saya hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah (sewa) RM3,000,” katanya ketika menjawab soalan peguam Datuk Mohd Zaid Mohd Zain yang mewakili Rita Rudaini selaku plaintif.

Dan sekarang kita tunggu sahaja komen para pemerhati dunia hiburan yang berbaur kahwin tahu mewah, bayar nafkah anak tidak mampu. 

Via-Rotikaya

Related

Info Artis 577948596130034983

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .