Pemain JDT Dipecat Kes Curi Wang?

TMJ hari ini mengesahkan seorang pemain Johor Darul Takzim (JDT) dipecat berikutan laporan polis berhubung kejadian kecurian wang milik seorang pemain pasukan itu semasa sesi latihan pasukan di padang Seri Gelam pada 1 April lepas.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, pemain terbabit mengaku mencuri wang daripada seorang lagi pemain JDT ketika sesi latihan pagi enam hari lepas.


"Kita telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan beliau daripada pasukan hari ini dan saya ingin ucapkan selamat maju jaya kepada beliau," katanya kepada pemberita dan wakil-wakil kelab penyokong bola sepak Johor.

Menurutnya, walaupun PBNJ mengambil keputusan memecat pemain terbabit, tetapi pada masa yang sama menyerahkan kes itu untuk siasatan polis.

Pemain pertahanan berusia 26 tahun yang mendakwa wangnya dicuri membuat laporan polis pada 1.37 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan.

Menurut salinan laporan polis yang dibuat pemain terbabit, beliau telah meletakkan begnya yang mengandungi RM500 di dalam beg persalinan dan mendapatinya hilang apabila selesai sesi latihan itu.

Beliau mengadu kepada penjaga pasukan dan mereka telah meneliti kandungan kamera litar tertutup dan mengenal pasti pemain yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terbabit.

Berikutan rakaman kamera litar tertutup itu, penjaga pasukan JDT itu itu menemui pemain terbabit dan mengakui perbuatannya itu.

Laporan polis itu turut menyatakan kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Tunku Ismail ditanya tentang perlawanan separuh akhir Piala FA di antara JDT dengan Pahang semalam, berkata, tahap pengadilan adalah yang terburuk pernah disaksikannya seumur hidup.

"Ia adalah yang terburuk disaksikan saya seumur hidup," katanya tentang mutu pengadilan perlawanan semalam yang berkesudahan seri 1-1.

Katanya, mutu pengadilan itu yang disifatkannya sebagai terburuk itu turut membuktikan kelemahan pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan kegagalan mereka meningkatkan tahap pengadilan bola sepak negara ini.

Beliau mengulangi kesediaannya mengeluarkan peruntukan kewangan daripada poketnya sendiri, jika diminta oleh FAM, untuk meningkatkan taraf dan kualiti pengadilan bola sepak di negara ini termasuk mendirikan akademi pengadil.

"Saya tidak kisah jika kalah atau seri tetapi ia mestilah adil, tetapi perlawanan semalam ia seperti saya telah dirompak," katanya.

JDT akan bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk separuh akhir kedua pada 30 Mei depan. 

Via - Bernama

Related

Info Sukan 1713937817676825829

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .