Pekerja Kanak-Kanak Di Bangladesh
Bekerja 12 jam setiap hari dan dibayar dengan gaji kecil iaitu sekitar RM216 sebulan. Itulah hakikat yang perlu dilalui oleh pekerja kanak-k...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/05/pekerja-kanak-kanak-di-bangladesh.html
Bekerja 12 jam setiap hari dan dibayar dengan gaji kecil iaitu sekitar RM216 sebulan.
Itulah hakikat yang perlu dilalui oleh pekerja kanak-kanak miskin di Bangladesh.
Di Dhaka sahaja, terdapat kira-kira 4,000 kanak-kanak yang bekerja di lebih 1,000 buah kilang dan bengkel yang berisiko tinggi.
Had umur bekerja yang ditetapkan di Bangladesh ialah 14 tahun ke atas, namun menerusi kajian Organisasi Pekerja Antarabangsa, 93 peratus pekerja kanak-kanak berusia kurang dari umur tersebut.
“Waktu bekerja yang panjang, gaji rendah, makanan tidak berkhasiat dan suasana kerja yang berbahaya mampu menjejaskan kesihatan kanak-kanak dari segi fizikal dan mental.
“Pekerja kanak-kanak ini juga terdedah pada penderaan di tempat kerja termasuklah penderaan seksual,” menurut kenyataan Unicef.
Semoga gambar yang kami kongsikan ini dapat dijadikan iktibar buat para pembaca.
Sekurang-kurangnya di Malaysia, nasib kanak-kanak jauh lebih terbela dan tidaklah sampai merana sebegini