Misha Omar Sah Selamat Bergelar Isteri Firos

Alhamdulillah jutaan tahniah kepada Penyanyi Misha Omar yang telah selamat diijabkabulkan bersama suaminya. Misha Omar telah pun selamat ber...


Alhamdulillah jutaan tahniah kepada Penyanyi Misha Omar yang telah selamat diijabkabulkan bersama suaminya.

Misha Omar telah pun selamat bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly pada jam 9.30 pagi tadi dalam sebuah majlis akad nikah yang cukup indah di Hotel Renaissance, Kota Bahru.


Akad nikah telah disempurnakan oleh abang kepada Misha iaitu Mohd Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat. Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar telah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas termasuk menerima 6 dulang hantaran dari pihak Firos dan berbalas 5 dulang dari pengantin perempuan.

Terdahulu, para pengiring, pengapit dan pembawa dulang yang terdiri dari adik-beradik dan rakan-rakan rapat Misha telah mengenakan busana rekaan Syaiful Baharin. Kedua-dua mempelai akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi malam ini di hotel yang sama.



Sebelum akad bermula, jurunikah telah bertanyakan 4 soalan kepada Firos dan antaranya adalah, "Confirm bujang?", "Dah tak sabar ke atau masih boleh sabar untuk bernikah?" dan dijawab lucu oleh Firos, "Pasal depan orang, tak nak la bunyi macam gelojoh sangat, jadi jawapan saya, boleh sabar. Tapi sebenarnya tak boleh sabar...", diikuti gelak tawa para tetamu yang hadir. 

Pasangan pengantin baru ini turut merakamkan rasa syukur serta gembira kerana akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri. Mereka juga berharap agar semua peminat Misha mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat. 

Via-EraFm


Related

Info Artis 1379513555396171681

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .