Dua Anggota Bomba Maut Tercampak Dari Tingkat 13

2 anggota bomba maut selepas tercampak keluar dari tingkat 13 akibat letupan di sebuah apartmen di daerah Shanghai Xuhui, China. Qian Lingyu...

2 anggota bomba maut selepas tercampak keluar dari tingkat 13 akibat letupan di sebuah apartmen di daerah Shanghai Xuhui, China.

Qian Lingyun, 23, dan Liu Jie, 20, dilihat memegang antara satu sama lain sewaktu jatuh ke bawah.

Kedua-duanya kemudian segera dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia tidak lama selepas itu.



Seorang lagi anggota bomba yang turut berada di tingkat yang sama mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang itu.

Punca kebakaran dalam apartmen tersebut masih tidak diketahui, namun pihak bomba berkata, terdapat banyak alat eletrik yang disambung pada soket selain pendawaian elektrik yang berselirat.

Saksi memberitahu, ramai rakan setugas mengalirkan air mata setelah mengetahui kejadian yang menimpa kedua-dua anggota bomba yang menyertai unit tersebut sejak tahun 2012.

Related

Isu Dunia 4968600972008452072

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .