Ziela Kena Kecam Gambar Peluk Keith Foo ???
“Sudah-sudahlah bercerita tentang isu gambar saya dan Keith Foo. Saya sendiri pun terkejut bila ada yang menuduh saya sengaja menggatal deng...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/04/ziela-kena-kecam-gambar-peluk-keith-foo.html
“Sudah-sudahlah bercerita tentang isu gambar saya dan Keith Foo. Saya sendiri pun terkejut bila ada yang menuduh saya sengaja menggatal dengan Keith bila bergambar demikian.
“Saya mempunyai hubungan baik dengan semua pelakon drama 'Ariana Rose'. Saya anggap mereka seperti adik-beradik. Wajah Keith pula ada iras anak saya, Jufri. Masa bergambar tu saya tak fikir benda lain pun,” kata Ziela Jalil ketika diminta mengulas mengenai gambar mesranya bersama Keith Foo yang menjadi bualan hangat akhir-akhir ini.
Ziela dihentam peminat apabila berkongsi gambar ‘kemesraan’ bersama pelakon tampan Keith Foo menerusi laman Twitter dan Instagram peribadi miliknya. Bagaimanapun, menurut penerbit terkenal itu, sebelum memuat naik gambar tersebut hatinya terdetik ia pasti akan menjadi isu, tetapi niatnya hanya mahu berkongsi dengan peminat.
“Memang tepat jangkaan saya, macam-macam kutukan dilemparkan dan saya hanya berdiam diri pada mulanya.
“Tetapi saya bengang bila ada yang menyuruh anak-anak saya mengajar saya. Tak perlulah kaitkan anak-anak saya. Saya tak kisah jika mahu menegur tetapi janganlah sehingga mengaibkan,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi.
Menurut Ziela lagi ada juga yang menganggap beliau mempermainkan agama kerana penampilannya yang islamik dan tidak sesuai beraksi begitu.
“Memang betul saya bersentuhan dengan Keith dan saya tak katakan perbuatan itu betul. Saya juga bukanlah orang yang tidak boleh menerima teguran cuma cara menegur itu salah apabila ayat-ayat yang digunakan sangat melampau,” katanya.
Via-Era