Wanita Dihukum Gantung Akibat Membunuh Ibunya
Mengalir air mata Sebaik hukuman dijatuhkan, kedua-dua tertuduh menundukkan kepala dan hanya ketika dibawa keluar oleh anggota polis, kedua...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/04/wanita-dihukum-gantung-akibat-membunuh.html
Mengalir air mata
Sebaik hukuman dijatuhkan, kedua-dua tertuduh menundukkan kepala dan hanya ketika dibawa keluar oleh anggota polis, kedua-duanya mengalirkan air mata. Zahidah dan adik tirinya didakwa bersama-sama membunuh Tanziah Zainuddin, 72, di alamat Nombor 2, Lorong Kiyai Sujak 20B, Taman Sri Wangi, Kapar, Klang, pada 5.30 petang, 14 Julai 2012.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie manakala dua beradik itu diwakili peguam Tan Teck Yaw dan Liow Boon Lee.
Zahidah (depan) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh ibu tirinya, manakala keputusan hukuman terhadap adik tirinya (belakang), hanya akan diketahui pada 28 April.Shah Alam: Seorang wanita dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi semalam, selepas dia dan adik tirinya didapati bersalah menekup muka ibu mereka menggunakan bantal sehingga mati, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Zahidah Ahmad, 27, dan adik tirinya, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bagaimanapun, hukuman terhadap adik tirinya itu hanya akan diketahui pada 28 April ini selepas mahkamah menerima laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana ketika kejadian remaja itu masih di bawah umur.
“Saya lebih mempercayai keterangan saksi pendakwaan dan saya dapati mereka (saksi pendakwaan) beri keterangan yang benar berbanding keterangan kedua-dua tertuduh yang didapati bersifat penafian semata-mata.
“Justeru, saya dapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan tuduhan terhadap kedua-dua tertuduh melampaui keraguan munasabah dan mereka didapati bersalah dan disabitkan pertuduhan, ” katanya.