Tips Utama Yang Anda Perlu Tahu Jika Ingin Membeli Rumah
Rumah merupakan keperluan asas pada setiap orang. Tidak kira di mana jua kita berada, rumah adalah perkara utama mesti diambil kira. Seseten...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/04/tips-utama-yang-anda-perlu-tahu-jika.html
Rumah merupakan keperluan asas pada setiap orang. Tidak kira di mana jua kita berada, rumah adalah perkara utama mesti diambil kira. Sesetengah orang ada yang menyewa, ada yang tinggal bersama keluarga dan walau apa jua keadaan boleh dikatakan setiap orang memerlukan rumah.
Ada yang membeli rumah baru dan tidak kurang pula ada yang membeli rumah yang telah diduduki. Seandainya kita ingin membeli rumah yang telah diduduki, hendaklah kita mengetahui beberapa perkara yang penting sebelum membeli rumah yang telah di duduki.
- Perhatikan keadaan rumah yang akan anda beli. Teliti apakah rumah tersebut memerlukan sebarang proses ubah suai setelah anda membelinya.
- Kenalpasti sudah berapa lama rumah tersebut. Maksudnya, apakah waktu penawarannya sudah lama atau baru saja. Ini penting agar anda memiliki gambaran tentang respons calon pembeli lainnya terhadap unit tersebut.
- Cari informasi tentang harga rumah yang ditawarkan. Apakah sama dengan unit yang lain dengan kondisi yang sama dan di kawasan yang sama. Infomasi ini berguna sebagai latar belakang anda untuk melakukan penawaran harga.
- Dapatkan informasi tentang alasan pemilik menjual rumah miliknya misalnya melalui jirannya. Misalnya, apakah pemilik menjual unit rumahnya itu kerana alasan yang sangat mendesak, atau sekadar untuk mendapat keuntungan.
- Jika anda tidak ada waktu untuk melakukan itu semua, anda boleh mengupah penilai rumah yang anda tafsir. Biasanya, informasi yang mereka berikan lebih tepat berbanding dinilai anda sendiri.
- Tawar menawar. Biasanya penjual akan letak harga rata-rata tetapi anda boleh membuka harga di bawah harga tafsiran peribadi. Jika penjual menawarkan harga yang berada di atas harga pasaran, tawarlah harga itu sehingga mendekati atau bahkan sesuai dengan harga pasaran yang berlaku di wilayah tersebut.
Via-MyHub