Terkini : Tudung Bawal Gaya Mawar Fizo Omar Bakal Menjadi Fesyen Ikutan Ramai?

Sepanjang minggu ini, banyak pihak membuat liputan berita mengenai kes rampasan tudung Fareeda tiruan yang telah dipatenkan. Mana taknya, pi...


Sepanjang minggu ini, banyak pihak membuat liputan berita mengenai kes rampasan tudung Fareeda tiruan yang telah dipatenkan. Mana taknya, pihak Fareeda telah membelanjakan RM4 juta untuk mempromosikan tudung Fareeda, pihak peniaga yang tidak bertanggungjawab pula dengan sewenang-wenangnya menciplak paten milik Fareeda terbabit. 

Umum tahu, tudung Fareeda ini sememangnya cantik tetapi mahal. Bak kata admin Facebook page Mawar Fareeda Page, "Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri" 

Tetapi, tampilnya seorang blogger bernama Yuna Bella memperkenalkan gaya tudung Mawar Fizo Omar. Fesyen tudung bawal yang telah diubahsuai dengan kreatifnya menjadi seakan-akan tudung Fareeda dan tudung Yuna Bella ini agak lebih 'tertutup' berbanding yang 'asal'.

Berikut adalah entri dari blog yunabella.blogspot.com:

as salam
dear diary,
wah tajuk nak tumpang glamour aje khen ? hihihi . setengah orang beranggapan kalau pakai tudung bawal muka nampak muda , macam budak , kalau pakai tudung awning nampak tua , nampak macam-macam lah . aku salah seorang pecinta bawal , sebab bila pakai shawl atau tudung awning aku nampak selekeh . ehhh ? padahal kalau time serabai tu pakai apa pun semak je mata memandang .


ok , dia sangat cantik , ayat cliche "pakai apa pun nampak cantik" . ye dak ?



in love dengan dress dia . bila tengok tudung fareeda ni ayat cliche jugak
"cantik tapi singkat , dah la mahal pulak tu"
kepada yang tak suka tudung awning , tapi nak bergaya macam mawar sila teruskan membaca . hehehehe . aku namakan gaya tudung ni , tudung bawal mawar fizo omar , kang aku letak nama fareeda tak pasal-pasal timbul isu paten . aku tau bila aku pakai tudung macam tu ramai mok cik-mok cik , adik-adik , kakak-kakak yang duk usya gaya tudung aku . muahahahhaha . ok . perasan . aku tipu jer .

founder dia adik aku yang tudung pink tu , yang pasti dua-dua orang belasah baju aku -___-"
versi aku pulak macam bawah ni :


nampak tak , acah-acah mawar , tapi masih labuh dan yang penting , ia sejenis tudung bawal :)
Jom cuba :


mesti ada pin , dan brooch besar , make sure dia punya jarum panjang , so senang nak pin .


guna bawal biasa jer , pastu samakan yang depan .


pakai macam biasa .

untuk yang tengkuk pendek macam aku , boleh pin kat belakang , lagi pun aku dah biasa letak pin , nampak lagi kemas , tak nak letak pon boley :)

ok start gumpalkan tudung , boleh start dari tengah tudung atau jarak sejengkal macam tu

lipat tudung secara menaik

boleh cuba lipat siap-siap then terus pin atau pun , buat satu-satu macam dalam gambar

ok bajet lah nak singkat atau labuh . sebab tu kena pin jang panjang , kalau x , xboleh nak pin .


selesai pin , jangan susah hati . dia memang akan messy macam ni . just adjust dan cantikkan lipatan tu .


nak senang , buat macam dalam gambar ni , satukan hujung yang bercabang .

pin kat belakang tudung yang di kemaskan tu .

siap ! kalau rasa singkat , boleh turunkan lipatan tu or jangan pin belakang tudung :) thanks untuk adik aku yang sanggup jadi model , senang aku bagi arahan . muauahaha .

sekarang ni nak pergi mana pun aku buat gaya camgini jer . senang , ringkas .
selamat mencuba ya ;)


Via-MyMediaHub|YunaBellaBlog

Related

Isu Tempatan 2820705119177538624

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .