Tarikh Tutup Rayuan BR1M 3.0 Pada 31 Mei 2014

Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia tahun 2014 (BR1M 3.0) yang gagal dalam permohonan bagi mendapatkan bantuan itu boleh mengemukakan permohona...


Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia tahun 2014 (BR1M 3.0) yang gagal dalam permohonan bagi mendapatkan bantuan itu boleh mengemukakan permohonan rayuan sehingga 31 Mei 2014

Perkara mengenai tarikh tutup rayuan BR1M 3.0 telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dalam satu kenyataan yang disiarkan media pada Isnin



Beliau turut menjelaskan bahawa tempoh rayuan sehingga 31 Mei 2014 itu adalah bagi memberi peluang kepada pemohon untuk mendapat bantuan berkenaan

Pemohon yang mahu mengemukakan rayuan boleh berhubung terus ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dan melengkapkan borang Rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 bersertakan salinan dokumen yang diperlukan untuk tujuan semakan semula pihak yang terlibat

Sebelum ini, kementerian ada menghantar surat kepada pemohon yang gagal mendapatkan BR1M dengan menyatakan sebab mengapa permohonan mereka ditolak

Jadi bagi rayuan ini, mereka perlu sertakan dokumen sokongan mengikut sebab penolakan tersebut bersama-sama borang rayuan BR1M sebagai bukti yang mereka sebenarnya layak terima bantuan itu

Difahamkan pembayaran BR1M bagi permohonan rayuan yang diluluskan atau berjaya hanya akan dilakukan selepas tarikh akhir rayuan tersebut

Via-Mysumber

Related

Isu Tempatan 5877070594423852861

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .