Tak Setuju Wanita Tak Bertudung Dihukum Masuk Neraka - Raja Azmi

“Kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan saya yang tidak bersetuju wanita tak bertudung akan masuk neraka? Produser Raja Azmi ...



“Kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan saya yang tidak bersetuju wanita tak bertudung akan masuk neraka? Produser Raja Azmi berkata isu bertudung yang dijawabnya kepada media elektronik baru-baru ini hanyalah pandangan sebagai seorang Islam dan minta tidak perlu diperbesarkan.

“Adakah berdosa besar saya yang baru pulang dari Umrah ini tidak bertudung? Menutup aurat bukan di kepala sahaja.

“Saya tidak mahu tudung itu digunakan untuk menutup segala kesalahan yang lain tanpa menitik beratkan amalan yang lain,” katanya kepada murai.com.my

“Sebenarnya saya bercakap sebagai seorang Islam yang punya pandangan tersendiri. Tak semestinya wanita yang bertudung itu sah akan masuk syurga tanpa dihisab dengan amalan yang lain.

Raja Azmi diminta mengulas mengenai kelantangannya di dalam media elektronik baru-baru ini apabila dia bercakap mengenai hukum agama yang dianggap tidak menjaga sensitiviti orang Islam.

Produser Filem ...Dalam Botol itu juga dilaporkan seolah-olah telah mendedahkan pekungnya sendiri apabila dikatakan bercerita mengenai ibadat solatnya yang masih lagi tidak dapat dipenuhinya itu.

Raja Azmi berkata buat masa ini dia belum bersedia lagi hendak bertudung dan kini sedang berusaha melngkapkan amalan-amalan agama yang lain.

“Kak Mi akan pakai (tudung) bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan. Tapi hari-hari biasa tu Kak Mi rasa tu tak perlu.

“Pada saya, lebih baik saya mempertingkatkan amalan ibadah dan jariah yang lain dahulu sebelum mengambil keputusan sepenuhnya bertudung,” jelasnya lagi.

Raja Azmi berkata lebih baik orang ramai fokus pada isu wanita bertudung yang lain yang dikatakan banyak melakukan perbuatan maksiat.

“Sekarang ini pun wanita bertudung ramai juga yang melakukan zina dan maksiat. Di akhbar juga banyak wanita bertudung dilaporkan melakukan aktiviti tidak bermoral dan sebagainya. Paling teruk ada juga yang sanggup menipu pakej Umrah dengan hanya berpakaian seperti orang yang alim dan baik,” luahnya lagi. 

Via-Murai.com|IHT

Related

info semasa 5877394177861627217

Post a Comment

  1. Cetek pengetahun nenek nih.

    ReplyDelete
  2. Sembahyang pun xpayah pakai telekunglah K.Mi....

    ReplyDelete
  3. kt mahkamah akhirat nti,kau bertekak la dgn Allah ye..srh Allah gubal balik undang2 akhirat tu sbb kau lagi pandai dari Allah nmpknye dalam menetapkn hukuman.smpikan hukum Allah,kau perlekehkan.Ya Allah...manusia mcm ni pun ada ke?

    ReplyDelete
  4. Hate the crime, not the person. Statement ni mmg xptot-->"adalah lebih baik orang ramai fokus pada isu wanita bertudung lain yang dikatakan banyak buat maksiat".

    Lastly, reminder to myself juga: Dari Abu Mas’ûd ‘Uqbah bin ‘Amr al-Anshârî al-Badri radhiyallâhu ‘anhu ia berkata, “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ‘Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimat kenabian terdahulu adalah, ‘Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu.’”

    ReplyDelete
  5. Memperlekeh hukum Allah... Semoga dia mendapat petunjuk dan hidayah

    ReplyDelete
  6. Bila si jahil bercakap..

    ReplyDelete
  7. mi... start bile jadi bodoh nie... cer cite skit...

    ReplyDelete
  8. Mula la dgn menutup aurat n hijab in shaa Allah amalan yg lain akan dtg sikit demi sikit utk kita laksanakan...

    ReplyDelete
  9. base bodo dok gi skoloh blajo agama na perlekeh hukum agama !

    ReplyDelete
  10. Astaghfirullah al azim..

    ReplyDelete
  11. Bantulah saudaramu menuju kefahaman
    Inilah yang ditakuti nabi s.a.w. hinggakan antara kalam akhir baginda "ummati ummati ......"Barang siapa mengenal hauslah dia dengan kecintaan."

    ReplyDelete
  12. sian dia... semoga di beri petunjuk dan hidayah... kubur dah kata mari... rumah dah kata pergi

    ReplyDelete
  13. Sampai bila nk bersedia nek oi.. usia daa lanjut cpt2 lah bertaubat.. ntah esk ntah lusa kita mati.. nk buat amalan baik tkyah tunggu masa.. tutuplah kepala tu jgn satu hari kita yg tutupkan dgn kain putih

    ReplyDelete
  14. Org yg bertudung pn blum tentu masuk syurga....inikan pula yg tidak...mohon nenek mi renung2kan...jgn dicop...dah la x pakai tudung, mulut serupa tahik pula. X pun...patut la ckp mcm bodoh, tudung pn x pakai. Haha

    ReplyDelete
  15. Org bertudung pun belum tentu masuk syurga... inikan pula yg tidak bertudung... hukum Allah jgn dibuat main2.. dulu, kini, dan selamanya yg haram tetap haram...tak memaikai tudung tu dosanya haram... bermulalah dengan bertudung, amalan yg lain akan mengikuti sedikit demi sedikit selepas aurat kita dilitupii...nauzubillah hi manzalik.. buat saudara seislam, didiklah ank2 kita menjadi muslim sebenar, jgn sampai dah jadi nenek or atuk baru nak bermula... memang payah... dah jadi buluh... kita lentur dia... dia libas kita balik..."hanya Allah yg maha mengetahui..

    ReplyDelete
  16. Doakan moga kak mi diberi hidayah..amin..suami br kak mi tolong ye..

    ReplyDelete

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .