Tahniah!!! Almy Nadia Selamat Bergelar Isteri Fizz Fairuz
Selepas sekian lama menyulam cinta dan menghadapi pelbagai dugaan sebagai pasangan kekasih, akhirnya Fizz Fairuz dan Almy Nadia disatukan se...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/04/tahniah-almy-nadia-selamat-bergelar.html
Selepas sekian lama menyulam cinta dan menghadapi pelbagai dugaan sebagai pasangan kekasih, akhirnya Fizz Fairuz dan Almy Nadia disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.
Pasangan selebriti yang banyak menempuh dugaan sepanjang hubungan mereka, Fizz Fairuz & Almy Nadia telah selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang telah diadakan di kampung halaman pengantin perempuan di Pulau Pinang.
Almy Nadia dan Fizz Fairuz pada tengahari tadi telah melangsungkan majlis pertunangan terlebih dahulu sebelum sah bergelar suami isteri sekitar jam 5.40 petang waktu tempatan, heh.
Majlis akad nikah yang berlangsung hari ini mengambil tempat Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang.
Tahniah diucapkan buat pasangan pengantin dan kaum keluarga. Semoga masjid yang dibina sentiasa dilimpahi keberkatan dan berbahagia selamanya.
Via RotiKaya|OhBulan
Almy yang ditemui selepas selesai majlis berkenaan berkata, dia amat bersyukur dengan perkahwinan itu setelah dugaan dan cabaran dilalui sepanjang lapan tahun menjalin hubungan bersama Fizz.
“Saya amat bersyukur dengan perkahwinan ini, ia hasil berkat doa dan kesabaran kami berdua sepanjang menempuh alam percintaan selama lapan tahun. Kesabaran saya selama ini akhirnya terbalas dengan perkahwinan ini. Doa kami untuk bersatu akhirnya menjadi kenyataan.
“Saya juga berasa sangat lega, segalanya sudah selesai setelah pelbagai dugaan yang ditempuh dengan bermacam-macam kontroversi, naik dan turun akhirnya kami berdua sampai ke jinjang pelamin,” katanya.
Ketika ditanya mengenai bulan madu, Fizz yang berasal dari Raub, Pahang itu berkata, mereka merancang untuk bercuti selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti namun lokasinya belum ditetapkan.