Ruminah Sidek Bertunang Pada Usia 70-an Dan Nikah 17 Mei
“Tak tahu macam mana nak cakap, cuma kali ini ketika sedang buat umrah Mak Mah rasa sunyi dan terasa ingin mempunyai pasangan hidup. “Mak Ma...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/04/ruminah-sidek-bertunang-pada-usia-70.html
“Tak tahu macam mana nak cakap, cuma kali ini ketika sedang buat umrah Mak Mah rasa sunyi dan terasa ingin mempunyai pasangan hidup.
“Mak Mah berdoa agar dipertemukan teman hidup dan secara kebetulan Al-Fatah juga mengerjakan umrah dengan niat ingin berdoa untuk mendapatkan isteri.
“Mak Mah tahu mengenai perkara itu pun selepas kami berkenalan dan berkongsi hajat masing-masing,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak pada Rabu.
Tambah Mak Mah lagi Al-Fatah merupakan seorang peneroka Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan dan berstatus duda beranak sepuluh.
“Alhamdulillah, Allah perkenankan doa Mak Mah dan bersyukur akan membina hidup baru sebagai isteri tidak lama lagi.
“Saya juga bersyukur anak-anak menerima hasrat saya ini dengan baik. Saya juga gembira kerana dapat menghabiskan saki baki hidup saya sebagai seorang isteri..Insyaallah, mudah-mudahan,” katanya.
Sebelum ini Ruminah telah berkahwin sebanyak tiga kali termasuk Allahyarham AR Tompel dan dikurniakan enam orang anak termasuk Adlin Aman Ramlie. Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit.
Pelakon veteran Ruminah Sidek telah mengesahkan bakal bernikah dengan tunangnya Al-Fatah Rahim Ismail, 70, pada 17 Mei depan.
Ruminah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah bertemu Al-Fatah ketika mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu.
Mereka kemudiannya telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di kediaman abang ipar Mak Mah di Meru, Klang.
Mah Mah yang kini berusia 68 tahun memberitahu pertemuannya dengan Al-Fatah tidak dirancang sebaliknya mereka berkenalan sebelum pulang ke Malaysia.
Via-AstroGempak