Punca Tidak Dapat Duit BR1M 2014 Dan Permohonan Gagal
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) terus mendapat reaksi daripada orang ramai terutamanya kepada golongan sasar itu sendiri. Masing-masing ...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/04/punca-tidak-dapat-duit-br1m-2014-dan.html
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) terus mendapat reaksi daripada orang ramai terutamanya kepada golongan sasar itu sendiri. Masing-masing dengan rungutan iaitu “belum dapat lagi duit BR1M” ia sekali gus mengundang kerisauan terhadap mereka
Kemungkinan sikap sambil lewa atau ambil mudah ataupun terlalu mengharapkan bantuan orang lain menyebabkan BR1M tidak dapat disalurkan kepada mereka
Antara Sebab Tidak Dapat Duit Bantuan Rakyat 1Malaysia
1. Permohonan Tidak Diluluskan
Masalah ini terjadi kepada pemohon baru, kemungkinan maklumat yang diberikan tidak tepat semasa mengisi borang pendaftaran. Dalam hal ini segala maklumat yang diberikan oleh pemohon akan disemak oleh pihak yang terbabit secara terperinci
Jika terdapat sebarang keraguan terhadap maklumat itu, mungkin faktor berkenaan akan membuatkan permohonan ditolak
2. Tidak Mengemaskini Maklumat Peribadi
Masalah ini berkait dengan penerima BR1M sedia ada, mungkin terdapat perubahan maklumat diberikan dahulu yang perlu dikemaskini untuk tahun ini. Tetapi penerima tidak melakukannya
3. Kesalahan Ketika Mengemaskini Maklumat Peribadi
Setiap orang tidak terlepas dari membuat kesilapan, dan faktor ini mungkin antara puncanya. Sebagai contoh yang terdekat iaitu “nama dalam kad pengenalan tidak sama dengan nama dalam akaun bank”
4. Jumlah Pendapatan Bulanan Tidak Tepat
Semasa mengisi maklumat berkaitan pendapatan bulanan, mungkin penerima ala kadar membuat kiraan. Malah penulis difahamkan ada yang mengisi “0″ pada ruangan pendapatan kasar bulanan , walhal pemohon seorang yang mempunyai pekerjaan
Walau bagaimanapun jika anda menerima surat pemakluman yang mengatakan permohonan anda tidak diluluskan anda masih boleh mengemukakan rayuan dengan merujuk ke laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)di www.hasil.gov.my atau pergi terus ke pejabat LHDN yang terdekat
Penulis difahamkan, surat jawapan sama ada layak atau tidak layak menerima BR1M mula diterima. Sekiranya berjaya Baucar BR1M akan disertakan bersama surat terbabit kepada mereka yang masih belum menerimanya menerusi bank
Dalam situasi lain, ada penerima mendapat surat permohonan diluluskan namun tidak disertakan Baucar BR1M. Harus dingatkan pengagihan BR1M dilakukan secara berperingkat
Kemungkinan Baucar berkenaan akan dihantar kepada penerima pada tarikh yang lain. Jikalau belum menerimanya selepas tamat tarikh pengagihan yang ditetapkan, sedangkan diberitahu pemohonan anda diluluskan sila berhubung terus ke pejabat LHDN yang terdekat
Via-Mysumber