Pelakon Wanita Nekad Kelar Tangan Kekasih Kahwini Lelaki Lain

Kejadian Berlaku di Ipoh Perak, Seorang pelakon wanita nekad mengelar pergelangan tangan kirinya selepas kecewa kekasihnya mengahwini wanita...

Kejadian Berlaku di Ipoh Perak, Seorang pelakon wanita nekad mengelar pergelangan tangan kirinya selepas kecewa kekasihnya mengahwini wanita lain, petang kelmarin.
Difahamkan, Shelin, 29, yang hamil tujuh bulan mengambil keputusan itu selepas tertekan dengan nasibnya dan anak bakal dilahirkan.


Rakannya yang hanya ingin dikenali sebagai John, 50-an berkata, dia segera membawa mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kira-kira jam 4 petang kelmarin, selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Kawannya ada mengajak Shelin bermalam di Taman Pangkalan kerana bimbang melihat dia bersendirian di rumah.

“Mangsa murung dan sedih selepas mengetahui bekas kekasihnya sudah melangsungkan perkahwinan di Kuala Lumpur,” katanya.
John berkata, nasib menyebelahi Shelin apabila kecederaan dialaminya tidak serius dan dia dilaporkan stabil.
“Mujur kejadian ini cepat disedari kawannya, kalau tidak saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya.

Shelin yang pernah terbabit dalam penggambaran sebuah telemovie bersama bekas kekasihnya sebelum ini mendakwa ditipu dan pernah diugut lelaki terbabit.

Bekas kekasihnya yang berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan di Kulim, Kedah berjanji mengahwini mangsa namun melarikan diri selepas mengetahui Shelin hamil dan mempunyai bakal isteri lain. 

Via-Sinar

Related

Isu Tempatan 407100140410561748

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .