Pas Tetap Akan Laksana Hukum Hudud

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR,...

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Sambil menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Kelantan mahu melaksanakan undang-undang itu, Abdul Hadi berkata hudud sudah wujud dalam Pas sebelum penubuhan pakatan.

“Ini benda yang (wujud) terlebih awal daripada pakatan pembangkang. Dengan sebab itu kita tak ada masalah untuk kemukakan (laksana hudud),” katanya yang ditemui di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini hari ini.



“Kita (Pas) tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR mengatakan kita tidak boleh laksana hudud,” katanya lagi.

Isu undang-undang hudud menjadi ‘duri dalam daging’ dalam pakatan pembangkang apabila Pas tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum itu sementara DAP dan PKR berkeras menolak.

Isu itu kembali panas susulan keputusan kerajaan Kelantan yang diteraju oleh Pas bercadang membawa usul hudud ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Susulan itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan pembangkang.

Sementara itu di KOTA BHARU, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas Kelantan akan bertemu dengan sekutu mereka bagi membincangkan isu berkenaan.

“Kita nak berjumpa dan kita nak dengar apa alasan dia (DAP dan PKR) untuk tidak bersetuju dan mereka juga perlu dengar penjelasan kita. Soal dia nak setuju atau tidak, itu hak dia, kita tak paksa.

“(Cadangan) undang-undang itu sendiri sudah diterima di Kelantan dan sudah lama sebelum adanya pakatan, sebab itu sudah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

“Jadi (isu itu) tidak berbangkit kerana Pakatan Rakyat datang kemudian dan tidak berhasrat untuk laksana di peringkat negara cuma minta di Kelantan sahaja,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berharap anggota parlimen daripada DAP dan PKR, terutama yang beragama Islam dapat menyokong anggota parlimen Pas Kelantan apabila usul khas berhubung hudud itu dikemuka di Dewan Rakyat kelak.

Beliau juga berharap Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bekerjasama memberi penerangan mengenai hukum itu kepada bukan Islam.

“DHPP dari awal lagi dia sokong Pas dan dia tahu Pas ini nak menegakkan undang-undang Islam dan bila dia sokong Pas, makna dia bersedia menerima perjuangan Pas… jadi dia kena mainkan peranan menjelaskan kepada orang bukan Islam (mengenai hukum, hudud),” katanya.
Via – BERNAMA

Related

Isu Tempatan 470226698870519393

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .