Obama Jakun Nak Makan Sambal Belacan

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama khabarnya menikmati hidangan Melayu istimewa hari ini.  Antaranya ialah nasi goreng, udang galah, ik...

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama khabarnya menikmati hidangan Melayu istimewa hari ini. 

Antaranya ialah nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan.

Menu istimewa tersebut ‘didedahkan’ oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut serta menikmati hidangan tersebut bersama Obama.



“Makan tengah hari bersama Presiden Obama, beliau makan nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan,” tulis Hishammuddin di laman sosial Facebook miliknya.

Obama tiba di Malaysia semalam dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Malaysia.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada kira-kira 4.50 petang semalam, selepas enam jam penerbangan dari Korea Selatan, disifatkan beliau sebagai lawatan bersejarah ke Malaysia.

Lawatan tiga hari ke negara Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk adalah sebahagian daripada lawatan Obama ke empat negara di Asia, julung kali oleh presiden AS yang memegang jawatan dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Sebelum ke Malaysia, presiden ke-44 AS itu melawat Jepun dan Korea Selatan.

Selepas Malaysia, beliau akan meneruskan lawatan ke Filipina.

Related

Isu Dunia 1801393935583636959

Post a Comment

  1. As salam...
    Kpade penulis blog ni...
    Perkataan 'jakun' rase tidak sesuai utk dijadikan tajuk...utk pengetahuan penulis 'jakun' adalah salah satu suku kaum org asli di Malaysia...rasenye kite sbgai rakyat M'sia harus ad sensitiviti dlm diri...jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga...kite same2 duduk di M'sia kene jge sensitiviti kaum di M'sia..

    ReplyDelete
  2. Kot ye pun nk kasi tajuk gempak byk lagi ayat lain yg boleh diguna pakai....

    ReplyDelete
  3. Yg jakun sebenar admin blog ni

    ReplyDelete
  4. Yg jakun sebenar admin blog ni

    ReplyDelete

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .