Lelaki Dakwa Laungan Azan Subuh Menganggu Tidurnya, Diugut Bunuh
Pasir Gudang: “Saya khuatir kerana menerima ugutan bunuh sedangkan saya bukan antiazan dan merayu fitnah yang dilemparkan oleh segelintir in...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/04/lelaki-dakwa-laungan-azan-subuh.html
Pasir Gudang: “Saya khuatir kerana menerima ugutan bunuh sedangkan saya bukan antiazan dan merayu fitnah yang dilemparkan oleh segelintir individu dihentikan segera.
“Niat saya hanya ingin memohon jasa baik pihak masjid memperlahankan bunyi pembesar suara,” kata penduduk Taman Air Biru, Mohd Said Mohamed Jaid, 56, yang membuat laporan polis pada 11 April kerana mendakwa azan di Masjid Al-Ijtihad Perjiranan 9, di sini, terlalu kuat.
Laporan polis yang dibuat itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk ada yang mengecamnya.
Mohd Said berkata, sepanjang enam tahun menyewa di rumah yang jaraknya hanya 50 meter dari masjid terbabit, dia tidak mempunyai sebarang masalah.
MASJID Al-Ijtihad Perjiranan 9 yang menjadi tumpuan di media sosial.
Katanya, masalah it u timbul apabila tiang yang memuatkan tujuh corong pembesar suara didirikan pada awal bulan mengeluarkan bunyi terlalu kuat dan nyaring serta menjejaskan keselesaan penghuni berhampiran.
“Saya pernah bertemu dengan jemaah masjid bagi membincangkan masalah ini berikutan bunyi yang kuat, tetapi mereka tidak bersetuju,” katanya.
Mohd Said berkata, sebanyak tiga kali dia berulang-alik ke rumah pengerusi masjid berkenaan untuk membincangkan perkara itu selain menghantar surat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada 1 Mac lalu.
Menurutnya, dia juga ada mengemukakan aduan kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada 23 Mac dan Pejabat Daerah pada 2 April lalu.
Via- MymediaHub | Harian Metro