Lelaki Ceraikan Isteri Kerana Kuat Berdengkur

Sana’a: Seorang lelaki menceraikan isterinya kerana tidak tahan mendengar dia berdengkur setiap malam. Menurut lelaki itu, dia puas menasiha...

Sana’a: Seorang lelaki menceraikan isterinya kerana tidak tahan mendengar dia berdengkur setiap malam.

Menurut lelaki itu, dia puas menasihatkan isterinya supaya menjaga gaya pemakanannya selepas berat badan wanita itu naik mendadak.

Si suami yang dikenali sebagai Yassin, 40, memberitahu mahkamah, dia memujuk isterinya supaya mengurangkan makan selepas berat badannya bertambah hampir 30 kilogram, menjadikan beratnya melebihi 80 kilogram.

Gambar Hiasan

Lelaki itu menyalahkan kegemukan isterinya sebagai punca dia tidak berhenti berdengkur.

“Dia tidak boleh berhenti berdengkur walaupun seminit ketika tidur. “Apabila saya menegurnya mengenai hal itu, dia berkata, dia rela diceraikan walaupun kami sudah mempunyai tiga anak.

“Saya merayu supaya dia berdiet dan bersenam supaya berat badannya boleh dikurangkan. Tetapi dia enggan. “Saya tiada pilihan kecuali menceraikannya,” kata lelaki itu. - AFP

Related

Info Cool 2736480483184955834

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .