Komen Raja Azmi Tentang Aurat Wanita

Itulah yang boleh dikatakan terhadap komen berani mati yang dikeluarkan oleh Raja Azmi dalam program hiburan terbitan TV9, Galaksi. Sebenarn...

Itulah yang boleh dikatakan terhadap komen berani mati yang dikeluarkan oleh Raja Azmi dalam program hiburan terbitan TV9, Galaksi.


Sebenarnya, mudah saja. Kalau tak ada ilmu bab agama usahlah kita pandai-pandai keluarkan kenyataan mengikut logik fikiran semata-mata.


Apabila ditanya oleh wartawan mengapa dia tidak menutup aurat selepas pulang dari mengerjakan umrah, Raja Azmi menyatakan dia mahu mencukupkan solat lima waktu dahulu kerana baginya itu lebih penting.


Tak apalah kalau dia tidak kisah orang tahu solatnya compang camping pada usia sudah 55 tahun, namun ayat seterusnya dari mulut pengarah dan produser filem ini agak kontroversi kerana membabitkan hukum agama.

Raja Azmi dirakam berkata, “Kak Mi akan pakai (tudung) bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan. Tapi hari-hari biasa tu Kak Mi rasa tu tak penting.

“Kalau betul (tak pakai tudung) satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka Kak Mi tak boleh terimalah semua tu.”

Tambah Raja Azmi, yang penting baginya adalah amal ibadat dalam solat yang perlu dibetulkan dahulu.

Ditegur wartawan apa yang dikatakannya itu boleh dianggap lantang Raja Azmi menjawab, “Kak Mi bercakap sebab dah fikir sebab tu lantang bercakap. Kalau tak fikir Kak Mi akan cakap benda yang bodoh.”

Sebenarnya jika sudah tahu kita bersalah tidak mengikut hukum agama atas apa alasan sekalipun, sebaik-baiknya tidak perlu menegakkan benang yang basah.
Apa pun marilah kita sama-sama berdoa semoga Raja Azmi dan kita semua sentiasa diberikan hidayah olehNya. 

Via sumber: MNH |OhDunia.my

Related

Isu Tempatan 7362394100608343689

Post a Comment

  1. Moga Allah beri balasan yg setimpal untuk Raja Azmi dan pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. benci aku benci eee geramnye aku haih .. tengok cam aku tutup aurat satu badan .. panas pun panas lah , kena ruam pun kena ruam lah . walaupun orang tengok aku tak cantek , tuhan tau aku cantek didalam ni .. Sebagai orang islam tulen aku sumpah semua pompuan tak tutup aurat masuk dalam neraka jahanam . aku benci !! tak sabar nak mati masuk syurga . aku benci dunia ini ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk nya kamu.yakin sangat ke kamu masuk syurga.?takbur. tak cantik pun kat dlm.

      Delete
    2. Mentol lah KO nie..Ada ker DOA nak Mati cepat..lagi Ko DOA org masuk neraka..

      Delete
    3. Teruk nya kamu.yakin sangat ke kamu masuk syurga.?takbur. tak cantik pun kat dlm.

      Delete
    4. Kau lupe makan ubat ke hah!!!???

      Delete
    5. Raja azmi tu da tentu sengal kau ni pun yg dok mnyumpah seranah orang msuk neraka , puji diri sndiri baik . Gilaa kott cnfident je diri tu msuk syurga

      Delete
    6. Jgn bongkak sgt. Agk2 la mintak nk mati cepat awak berhak ke nk hukum org sampai tau org yg xpakai tdung akan masuk neraka. Xbaik awak ckp mcm tu. Ingt apa yg awak tlis malaikat akan catit.So ckp yg baik2 sudah ler!!!!!!

      Delete
    7. kat mana cantiknya ko tu? baca komen ko pun dh nampak burok perangai ko..

      Delete
    8. kat mana cantiknya ko tu? baca komen ko pun dh nampak burok perangai ko..

      Delete
    9. Atas dunia boleh lh kata x boleh terima..tapi akhirat nnti terima lh balasan nye...jangan buat hukum mengikut hati sendiri

      Delete
    10. sabar2 semua... betul...ckp admin klu xtau bab agama jngn sesuka hati membuat andaian... boleh jatuh akidah...silap2 boleh keluar dari Islam.... apatah lagi menolak hukum Allah SWT... bersama kita doakan yang terbaik buat dia...aamiin...

      Delete
    11. Org islam tulen??? Dari ayat tu da nampak kebodohan.

      Delete
    12. Apa punya komen la. Tergelak baca. Macam orang takde agama mintak nak mati, benci2 orang, hukum orang lain masuk neraka, dan....perasan cantik n confirm diri sendiri masuk syurga? Aku rasa komen ko ni pun dah boleh tarik ko masuk neraka. Na'uzubillah...

      Delete
    13. isthifar byk2! sy faham maksud kak Mi tue! nak berubah memang la susah kalau nak berubah sekali harung! slow2 la jgk! mungkin kak Mi nak membetulkan solatnya dulu, berjaya dah bab solat br nak settle kan yg lain pulak! apa pun buatlah yg terbaik wat kak mi!

      yg tukang komen tue jgn la menambah dosa plak! dan jgn ingat diri tue perfect plak kang jatuh dosa takbur plak!

      Delete
    14. 2×5 je org yg komen camni.. hahaha

      Delete
    15. mcm org xde akal..ko tuhan ke nk tentukan org x bertudung masuk neraka..org bertudung ni pn blm tentu msuk syurga...lebih baik diam dr berckp yg blh buat marah..

      Delete
    16. Nauzubillahminzalik..jgn ujub dgn diri sendiri...moga Allah ampunkan kami semua

      Delete
    17. haha nampak sangat bahasa sarkastiknya di situ. cuba baca betul2. dia sekadar cakap jer tuh. bukan riak bongkak apa. jangan kerana kita menjawab ckp dia riak, kita plak yang berdosa. bawak2 bersabar ye korang! hahahha!

      Delete
    18. sarkastik kat sape tu? ko nak sarkastik kat orang yang pakai tudung ke ape?

      Delete
    19. Dahsyat arrrr ko nii!!!

      Delete
    20. Budak2 lg ni..baru tumbuh bulu pahat..

      Delete
    21. kesiannya ko kan

      Delete
    22. yg sambung duk komen pun satu hal... dah tentu yg komen nie saja provoke.. nak bagi sensasi lagi... yg kita duk layan... baca pada komen pun bole agak... budak nie "gila"... klu dia betul brani knp tak guna nama betul dia...

      Delete
  3. xperlu pertikai hukum ALLAH.. SOlat perkara pertama akn ditnya.. mlahan aurat jg pnh disbt dlm al-quran dn hadis so.. jgn gna hukum allah berdasar akal fikiran.. semoga diperolehi hidayah amin3 :)

    ReplyDelete
  4. sudah sampai dekatnya kiamat apabila manusia yg tidak pndai berbicara mengenai hal2 agama lantang berbicara berkenaan agama,..ya allah buka kn lah pintu hatinya moga ianya terdiri dari golongan2 yg menerima hidayahmu...

    ReplyDelete
  5. Kita manusia biasa.. Xyahlh nk menghakimi sesorg..xyah campur tangan urusan Allah..Biar yang Maha Berkuasa buat keputusan..apa yg Raja Azmi cakap tu urusan dia dgn Allah.. Manusia mampu menasihat je.. Bkn dgn maki hamun jauh sekali menghukum dgn mengatakan dia berdosa.

    ReplyDelete
  6. Kita manusia biasa.. Xyahlh nk menghakimi sesorg..xyah campur tangan urusan Allah..Biar yang Maha Berkuasa buat keputusan..apa yg Raja Azmi cakap tu urusan dia dgn Allah.. Manusia mampu menasihat je.. Bkn dgn maki hamun jauh sekali menghukum dgn mengatakan dia berdosa.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah...moga diberi petunjuk...

    ReplyDelete
  8. Bersikap riak dn ujub itu juga suatu dosa disisi Allah swt...

    ReplyDelete
  9. Bersikap riak dn ujub itu juga suatu dosa disisi Allah swt...

    ReplyDelete
  10. Semoga Allah memberi beliau hidayah.
    Sholat adalah rukun islam. Menutuo aurat adalah wajib bagi perempuan apabila sudah baligh.

    ReplyDelete
  11. Tok nenek hangpa zaman dulupun tak bertudung. Raja Azmi ada fahaman dia. Jangan perasan hangpa je betul. Pi tengok dalam Quran ada ke ayat yang jelas kata rambut tu aurat. Hanya dslam bible je sebut rambut tu aurat. Sekarang ramai orang Islam ikut syariat kristian,pakai tudung macam sister kristian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31(maksudnya):
      “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.

      Delete
    2. Dahsyat arrr ko niii!!!

      Delete
    3. TUTUP AURAT TU WAJIB...TERIMA KASIH

      Delete
    4. Anonim14 April 2014 09.01... kao lbih truk dr r.azmi, sama level dgn ayah pin!!!!

      Delete
  12. dah jangan bergaduh2..p bertaubat semua. kita semua bukan nya baik sangat setiap org ada buat kesilapan...

    ReplyDelete
  13. Ya lah kan. Semua org ada kelemahan nya tapi berusaha lah kearah kebaik kan.

    ReplyDelete
  14. Dia biar tak ikut hukum agama janji hati bersih dari kebencian dan dendam .. Tuhan yg akan mengadili, kita ni siapa. Tp manusia memang tengok luaran aje. God is great. Walaupun tak betutup aurat, rezeki tetap Tuhan bagi, walaupun bukan islam rezeki tetap Tuhan limpahkan.. so who are we to judge? Yg penting dalam suci bersih, bukan luaran sahaja. Dan perlu untuk fikir logik sebab Tuhan bagi akal dulu sebaik kita dihidupkan, akal la punca syaitan benci manusia. Tutup akal tu, syaitan suka. Fikir fikirkan lah.

    ReplyDelete
  15. pndai2 je bt hukum sndiri....nie sbg peringatan kte bersama...bkn sesape ckp..tp nabi yg kate ye......Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

    1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam).

    2. Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (Riwayat Muslim)

    Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah dia dah berazam untuk memperbetul dan jaga solat. InsyaAllah bila solat dah betul Allah akan bagi Hidayah dan Kekuatan untuk beliau menutup aurat. Janganlah dikutuk beliau dan apa yang lagi elok kita sama-sama doakan Allah melembutkan hati beliau untuk mengikut syariat Islam !00%. Amin

    ReplyDelete
  17. Sesat dah minah ni...... Ingat malaikat maut tggu dia pkai tdung dlu ker nk sentap nyawa dia....bodoh pya sttment memalukn agama.... Bertaubat la sblm trlmbat..... Dunia skrg hmpir dgn kiamat....

    ReplyDelete
  18. hahaha tapi kenapa org melayu bagi contoh terbaik dmalaysia ni ?
    artis tu sudah dikira frontman& frontwomen
    tapi 99% nampak aurat , tonjol buah dada bontot

    pemimpin pun sama

    so kita ni gelak2 je la ...
    hahahah

    * nasihat saya ... anak keturunan korg pun belum tau akan bertudung sebab tengok tv .....
    * so ape yg penting ..jaga hati & amalan
    lebih baik org tak bertudung tapi rajin bersedekah pd org susah berbanding yg bertudng tp bohsia ,xde visi, xde membantu , mderma ..

    ReplyDelete
  19. ntah nye..suka suki ko je yg mendoakan keturunan org lah apa lah..jgn bercakap bab agama klu pengetahuan agama sgt cetek. Allah maha pemurah dan maha penyayang.iya,org yg xsolat pn rezeki byk..tp kamu tahu tak dia kekurangan kasih syg dr Allah?? knapa? sb bongkak..tidak meminta2 dgn Allah..Allah suka umatnya meminta2..kenap? sb umatnya akn sujud serta merayu meminta dgnNya..tp pernah terfikir tak knapa Allah bt mcm tu? setiap apa yg Allah buat ada hikmahnya..Allah itu bijaksana..tiada yg dpt menandinginya..tiada siapa pn mengatakan perempuan tak bertudung tu jahat.tp Allah dh janjikn neraka bg perempuan yg tidak menutup aurat,semua dh tertulis dlm al-quran..bacalah lah al-quran yg ada terjemahan supaya kita lebih mhayati setiap bait ayat dlm al-quran. waallahuallam..

    ReplyDelete
  20. Sama2 berdoa agar diberikan hidayah dariNya..

    ReplyDelete
  21. Tahun 90an orang melayu dah mula sedar akan keperluan tudung. Ulamak dulu bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  22. Perbaiki dan upgrade qualiti solat itu mmg betul dan wajib. Betul la kata makcik mi tu. Tapi, menutup aurat itu juga wajib. Mesti seiring, sehaluan. We can't choose either one sebab itu perintah dan suruhan Allah BUKAN manusia. Semoga makcik mi mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah.

    ReplyDelete
  23. mmg btul xpkai tudung xsemestinye masuk neraka,tp xpakai tudung akan mndapat seksa y amat pedih dn perit shingga xakan tercapai diakal mnusia. rmabut akn diikat mggunakan api dn digantung shingga menggelegak/mendidih otak dn cair.nauzubillah tu blum lg dikira seksa dosa2 y lain astagfirullahhamazim..xtertanggung hamba ALLAH y kerdil ini,YA ALLAH jauhilah aku dri seksa nerakamu amin.

    ReplyDelete
  24. jgnlah terkena fitnah dajjal...igt lah...kiamat makin mampir tp kita semakin menjauh....jdkanlah surah kahfi sebgai amalan harian...ini adalah salah satu dr fitnah dajjal !!

    ReplyDelete
  25. :'( Laahau la Walla Quwatailla billa hil 'ali yill azeem

    ReplyDelete
  26. Semoga dia mendapat hidayah Allah.mmg betul yg pakai tudung blum tentu menjaminkan masuk syurga.tp sekurang2nya tutup la aurat dgn sempurna kerana ia adalah wajib,begitu juga solat.

    ReplyDelete
  27. Lain kali bg la statement yg tk menunjukkn kejahilan diri...ingat semua dan diri saya sendiri..tk semua yang menutup aurat tu mempunyai hati yg bersih..tp org.yg mempunyai hati yg baik dan bersih pasti akn menutup aurat..wallahua'lam..

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. tak faham dgn perrangai artis...jika kita rasa kurang ilmu didada...jgn sembrono je keluarkan fakta fakta yang mengarut,......lepas tu tu tagih simpati....malu la...dah la orang melayu...islam...inilah masalahnya bila artis berkata kata...bercakap tanpa ilmu didada memang ginilah nasib diorang....

    ReplyDelete
  30. Surga nuraka rahmat Allah.walau dosa seluas dunia dan isinya jika taubat akan diampun kecuali dgn manusia.pakat2 doa.diberi hidayah.kot2 lebih baik dari kita.kadang2 org baik jasmani tapi teruk rohani

    ReplyDelete
  31. Dia bercakap kerana kejahilan dirinya.....moga Allah beri dia kefahaman....kita tak tahu pengakhiran kita bagaimana...teruskan berdoa dan x rugi berdoa utk org lain...kerana malaikat akan mengameenkan utk kita juga
    .....indahnya Islam....

    ReplyDelete
  32. Hukum islam dari allah bkn dari logic manusia..... Moga dpt balasan setimpal... Amiin...

    ReplyDelete
  33. Minta manusia laknat tu bayak menonton siri drama Tanah Kubur sebelum dia masuk lubang kubur...

    ReplyDelete
  34. Mudah2an Allah bagi taufiq dan hidayah pd Raja Azmi utk mengikiti jln yang benar d sisi Allah. Kita hanya manusia biasa..hanya Allah y bhak utk tentukan syurga neraka bdasarkan amalan kita. Btudung..solat xtinggal tp tingkah laku..mulut..xjaga..bdosa juga.

    ReplyDelete
  35. Andainya di akhirat nnati Allah bg peluang pd hambNya...utk perbuatan kali terakhir...maka umat pd masa itu akn mncapai apa sahaja spy dpt menutup auratnya..kerana ketika itu mereka disaksikan hukuman kpd mereka yg mendedahkan aurat...amat dasyat sekali.. Sama2 kita perbaiki diri..jaga lisan jaga hati..spy Allah sntiasa lindungi kita semua...In Shaa Allah

    ReplyDelete
  36. Wajib tetap wajib.... tutup aurat..bukan setakat bertudung sahaja

    ReplyDelete
  37. doa yang baik buat dia, semoga dia dapat hidayah dari Allah SWT. Mungkin dia akan jadi lebih baik pada kita kalau Allah sudah beri hidayah pada dia...amin.

    ReplyDelete
  38. Bodoh tak boleh di ajar ceredik tak boleh di ikut umur dah senja punh bebal , kalau islam dah kata wajib maknanya mmg wajib lah, hukum Allah pn boleh di pertikaikan fikir sdri jenis manusia apa dia ni, nyawa yg kita ada sekarang pn pinjaman dr Allah.. fikir2 kan lah ..

    ReplyDelete

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .