Kisah Sedih Pengantin Perempuan Meninggal Dunia 3 Jam Sebelum Bersanding!

Suasana kegembiraan sebuah pasangan pengantin meraikan hari bahagia bertukar menjadi pilu apabila pengantin perempuan ditemui mati 3 jam seb...


Suasana kegembiraan sebuah pasangan pengantin meraikan hari bahagia bertukar menjadi pilu apabila pengantin perempuan ditemui mati 3 jam sebelum majlis persanding mereka bermula semalam.

Mangsa, Junaida Jamaludin, 29, selamat dinikahkan dengan Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, ditemui meninggal dunia dalam keadaan hidung dan mulutnya berdarah di bilik pengantin di rumah SS3 pada jam 8.30 pagi.



Abang mangsa, Kamarul Affendi Jamaludin, 38 memberitahu, majlis akad nikah berlangsung sehari sebelumnya di rumah mereka kira-kira pukul 5.45 petang kelmarin dan majlis persandingan dijadualkan berlangsung di Dewan Gemilang Yayasan Felda, Kelana Jaya kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

Saat bahagia Junaida (dalam bulatan) dan suaminya, Muhammad Danial selepas majlis akad nikah di rumahnya di SS3, Petaling Jaya, Selangor kelmarin.

“Pagi tadi (semalam) saya ingat Junaida telah pergi ke dewan lebih awal tetapi sangkaan kami meleset sebab dia tiada di situ.

“Kami cuba menghubunginya tetapi gagal. Saya cuba memeriksa dia di bilik dan ketika itu saya nampak dia masih berada di atas katil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Jelasnya, dia menyangka Junaida masih tidur kerana kepenatan tetapi terkejut apabila mendapati hidung dan mulut anak bongsu daripada empat beradik itu berdarah.

“Kami terus membawa Junaida ke hospital berhampiran tetapi dia disahkan meninggal dunia akibat masalah pendarahan dalaman,” katanya sedih.

Pengantin difahamkan tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal, walau bagaimanapun pemeriksaan perubatan mendapati kematiannya dipercayai berkaitan dengan masalah saluran urat di kepala.

Via-HarianBlogger

Related

info semasa 8968524250252870918

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .