Kandungan Scha Al-Yahya Cecah 5 Bulan , Awal Ashaari Mulai Gementar

Pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengakui dirinya sudah mula rasa gementar apabila usia kandungan isteri tersayang, Scha Al-Yahya sudah me...

Pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengakui dirinya sudah mula rasa gementar apabila usia kandungan isteri tersayang, Scha Al-Yahya sudah mencecah lima bulan.

Menurut Awal, perasaan itu mula terbit setelah melihat perut isterinya yang kian membesar.


“Masa mula-mula dulu memang saya rasa teruja mungkin sebab masih tak nampak, tapi lama-lama timbul pula rasa gementar.

“Perasaan tu datang sendiri bila lihat perut Scha makin membesar dan saya dah mula rasa tak boleh main-main dan perlu banyak membuat rujukan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program masakan ‘How To Make It : Culinary Dreams’ bertempat di Kolej Universiti KDU, Petaling Jaya baru-baru ini.


Mengulas mengenai persiapan bergelar bapa, Awal memberitahu banyak menghabiskan masa dengan membaca buku yang berkaitan tentang bayi.

“Sekarang usia kandungan Scha dah masuk lima bulan dan saya rasa masa berlalu dengan pantas.

“Jadi sebagai persiapan saya banyakkan membaca dan juga membuat rujukan di internet mengenai persediaan sebagai seorang bapa.

“Bukan saya sahaja malah Scha juga sering menghabiskan masa dengan membaca… Pengetahuan tentang bayi sangat penting tambahan pula ini merupakan pengalaman pertama kami.

“Bila banyak membaca barulah kita sedar besar sebenarnya tanggungjawab menjadi seorang bapa,” ujarnya.

Mengenai kelengkapan bayi, Awal mendedahkan dia masih belum membuat persiapan sepenuhnya kecuali membeli barang yang asas sahaja.

Via-AstroGempak

Related

Info Artis 7709900868461501486

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .