Jaket Labuh Natasha Hudson Dari Amerika

Amboi bukan main melaram aktres Natasha Hudson ketika menghadiri pelancaran wajah baharu mStar Online yang diadakan di Alexis The Gardens, M...

Amboi bukan main melaram aktres Natasha Hudson ketika menghadiri pelancaran wajah baharu mStar Online yang diadakan di Alexis The Gardens, Mid Valley pada 17 April lalu.

Hadir dengan jaket labuh dari warna tanah yang cukup stail, Natasha melengkapkan gaya pada petang itu dengan memadankan fesyennya apabila tampil dengan seluar berwarna putih dan blaus rona hitam.



Tas tangan jenama Chanel dari rona coklat dan aksesori ringkasi memberikan nilai mewah kepada gayanya pada petang itu.

Namun bagusnya mengenai Natasha, biarpun tampil bergaya, auratnya sebagai muslimah dijaga dengan baik tetapi masih kelihatan sofisikated!

Sempat berbual-bual dengan tuan empunya diri, Natasha memberitahu jaket yang digayakannya itu dihadiahkan oleh seorang kenalannya di Amerika Syarikat (AS) dan ia baharu sahaja tiba sehari sebelum acara tersebut.

“Fesyen saya hari ini sebenarnya berkonsepkan ‘ikut gaya hati’… Hahaha. Alhamdulillah seorang kenalan dari Amerika Syarikat yang juga menjual pakaian untuk muslimah di sana menghadiahkan saya jaket labuh ini dan saya amat sukakannya!


“Pakaian ini sebenarnya baharu sahaja tiba sehari sebelum majlis ini dan saya ambil peluang untuk gayakan pada majlis ini,” katanya.

Tambah Natasha, jaket berkenaan sangat istimewa kerana ia turut mempunyai tudung yang disambung pada pakaian berkenaan selain ia mudah digayakan.

“Saya menyukai baju ini kerana selain dibuat daripada fabrik yang tidak panas dan selesa, ia sebenarnya turut disertakan dengan tudung yang bersambung pada jaket ini. 

Via- mStar Online

Related

Info Artis 7660516482536520739

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .