Guru Rotan Pelajar Di Bahagian Muka

Seorang pelajar lelaki tingkatan 3 di sebuah sekolah daerah Kemaman cedera di bahagian muka akibat dirotan oleh guru. Dalam kejadian pada ja...


Seorang pelajar lelaki tingkatan 3 di sebuah sekolah daerah Kemaman cedera di bahagian muka akibat dirotan oleh guru.

Dalam kejadian pada jam 10.30 pagi itu, Muhammad Amiruddin Azama, 15, bersama rakannya sedang menaiki tangga utk masuk semula ke kelas setelah keluar pergi ke tandas. Secara tiba-tiba gurunya datang dari belakang dan merotan belakang badannya 2 kali kerana tidak memasukkan baju ke dalam seluar.


Selepas itu, guru terbabit merotan pula bahagian mukanya. Guru lelaki berkenaan masuk semula ke dalam kelas berdekatan dan kembali mengajar.

Akibatnya mangsa mengalami kecederaan di bahagian hidung dan dahi serta lebam di bahagian belakang badan.

Mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapanya dan datang berjumpa dengan pengetua, kemudian mangsa dihantar ke Klinik Desa Geliga untuk mendapatkan rawatan.

Ibu bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Chukai pada jam 12 tengah hari pada hari yang sama.
Via-MyHub

Related

info semasa 7624800040082826994

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .