Gambar Juruterbang Pesawat #MH192 Harungi 4 jam Detik Cemas Dengan Tenang !

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH192 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 1.56 p...



KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH192 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 1.56 pagi tadi.


Sebelum ini, MAS mengesahkan pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10.09 malam ke Bangalore itu berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut mengalami kerosakan gear bahagian kanan selepas tayarnya terbakar sewaktu berlepas.

Pusat Operasi Kawalan Malaysia Airlines (OCC) kemudiannya dihubungi pada jam 10.25 malam.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dikerahkan ke KLIA sejurus selepas juruterbang diarahkan berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan.

Pesawat MH192 Boeing 737-800 dijadualkan tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam. 


Pesawat yang membawa 166 orang yang terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal akan bertolak semula ke Bangalore pada pukul 3.30 petang, Isnin and dijangka sampai pada jam 5.00 petang pada hari yang sama. .

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat. Penumpang juga ditempatkan di hotel berhampiran. - ASTRO AWANI


Hishamuddin dengan Kapten Pesawat MH192






Hishamuddin bertemu dengan penumpang MH192










Via-MyMediaHub

Related

info semasa 5582458244479496003

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .