Brunei Laksana Hukum Hudud Rasmi 1 MEI 2014

1 Mei 2014, Brunei secara rasminya melaksanakan Hukum Hudud berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah. Selain itu, Kerajaan Brunei ...

1 Mei 2014, Brunei secara rasminya melaksanakan Hukum Hudud berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah.

Selain itu, Kerajaan Brunei turut mengharamkan penggunaan 19 perkataan termasuklah Allah dan masjid oleh orang bukan Islam di Brunei.

Lain-lain perkataan yang diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman Allah, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.



Menurut Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah Mohd Salleh, Kod Penal Syariah juga digunapakai kepada mereka yang bukan islam termasuklah kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.

Dipetik dari Sinar Harian:

“Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat saksi,” katanya.

Menurut Hardifadhillah lagi, mana-mana pihak yang menghasut lelaki ataupun wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 dan/atau penjara 12 bulan.

Mana-mana ibu bapa yang beragama Ikhlas meyerahkan anak kandung mereka dipelihara oleh orang bukan Islam boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan/atau penjara selama 5 tahun.

Via-MyHub|Sinar

Related

Isu Dunia 207301359769780242

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .