Bas Hilang Kawalan Terjunam Ke Takungan Air

KUALA LUMPUR – Pemandu bas yang membawa seramai 29 penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terlibat dalam kemalangan di...


KUALA LUMPUR – Pemandu bas yang membawa seramai 29 penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 25.1, Lebuh Raya Utara-Selatan, kelmarin disahkan sihat sebelum kejadian itu.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Mohd Fadhli Daud berkata, polis kini menjalankan siasatan lanjut dengan menunggu hasil analisis sampel air kencing dan darah pemandu bas berkenaan yang telah dihantar ke Jabatan Kimia.



“Kita telah merakam percakapan pemandu bas itu dan mendapati dia sihat semasa kemalangan,” katanya.

Beliau berkata siasatan mendapati ketika kejadian pemandu itu didapati tidak mengantuk atau pitam seperti yang didakwa.

“Berdasarkan siasatan, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu cuba mengelak sebuah kereta yang menukar laluan secara mengejut sebelum terbabas ke tapak pembesaran jalan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Korporat UIAM Abdul Latif Abdul Rahman berkata, ketiga-tiga pelajar yang parah dan kritikal akibat kemalangan bas itu, kini dilaporkan stabil.

“Mereka sudah dipindahkan ke wad biasa manakala semua mangsa yang cedera ringan dibenarkan keluar dari wad,” katanya.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin, tiga pelajar UIAM dilaporkan kritikal selepas bas universiti yang dinaiki hilang kawalan lalu terjunam ke tempat takungan air sebuah tapak pembesaran jalan di KM25.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini.

Manakala yang lain termasuk pemandu bas hanya mengalami cedera ringan.

Related

Isu Tempatan 3764741188614493942

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .