Bakal Umum Jantina Bayi dan Buat Doa Selamat - Liyana Jasmay

Pelakon popular Liyana Jasmay bakal mendedahkan jantina bayinya dalam satu majlis doa selamat menyambut kelahiran anak sulungnya itu pada Sa...



Pelakon popular Liyana Jasmay bakal mendedahkan jantina bayinya dalam satu majlis doa selamat menyambut kelahiran anak sulungnya itu pada Sabtu ini.

Menurut Liyana majlis doa selamat tersebut sudah lama dirancang, tambahan lagi kakaknya Adriana Jamay juga bakal menyambut kelahiran bayi tidak lama lagi.



“Ramai yang bertanya pada saya kenapa tak buat ‘Baby Shower’…Sebenarnya keluarga saya tak pernah adakan acara itu. 

“Kebetulan kakak sulung saya juga akan melahirkan anak kedua pada awal Mei ini, jadi kita sekalikan majlis ini,” katanya ketika ditemui Astro Gempak baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai persiapan bagi menyambut kelahiran pertamanya itu, Liyana berkata semuanya sudah disiapkan.

Tambahnya lagi, dia juga sudah mengupah seorang bidan untuk menjaganya sepanjang tempoh berpantang.

“Alhamdulillah kandungan sihat dan saya juga tiada sebarang masalah ketika hamil ini. Insyaallah saya akan bersalin pada Jun depan di Pusat Perubatan Prince Court,” katanya.

Bagaimanapun kata bakal ibu ini, dia tidak pernah menolak sekiranya mengandung lagi buat kali kedua selepas ini.

“Rezeki (zuriat) datang dari Allah S.W.T. Saya tak pernah merancang keluarga. Sekiranya mengandung lagi, semua itu Allah yang tentukan.

Related

Info Artis 3051294199242575246

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .