Allah Mematikan Karpal Singh Sebagai Penentang Utama Hudud – Zulkifli Noordin
Susulan kemalangan yang mengorbankan nyawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor Mendiang Karpal Singh, peguam Datuk Zulkifli Noordin berkemungkinan d...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/04/allah-mematikan-karpal-singh-sebagai.html
Susulan kemalangan yang mengorbankan nyawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor Mendiang Karpal Singh, peguam Datuk Zulkifli Noordin berkemungkinan dilihat membuat kenyataan melalui twitter yang tidak sesuai pada masanya.
Dalam akaun twitternya Zulkifli (gambar atas) yang juga bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru berkata ketika saat kerajaan pusat UMNO menyokong perlaksanaan hukum Hudud oleh PAS, Karpal Singh yang dilihat sebagai penghalang utama terkorban.
“Dalam kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaanya,” kata beliau dalam tweet berkenaan pada pukul 7.12 pagi.
Tweet dari Zulkifli kemudiannya mendapat kecaman hebat di twitter kerana disifatkan sebagai tidak kena pada masanya saat ramai pihak khususnya ahli keluarga mendiang Karpal yang kini sedang bersedih tentang berita kematiannya.
Selain para pengguna twitter, Zulkifli turut dibidas oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Dalam tweetnya Khairy meminta agar Zulkifli mendiamkan diri dalam nada serius.
Karpal dan pembantu peribadinya Michael Cornelius meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaikinya.
Kejadian berlaku di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung.
Via – SiakapKeli.com