Agaknya siapa akan ke final nanti, Bayern Munich Vs Real Madrid ?
Sejarah bagaimanapun memihak kelab Jerman itu. Bayern tidak pernah tewas kepada Real di Munich dengan lapan kemenangan dan sekali seri untuk...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/04/agaknya-siapa-akan-ke-final-nanti.html
Sejarah bagaimanapun memihak kelab Jerman itu. Bayern tidak pernah tewas kepada Real di Munich dengan lapan kemenangan dan sekali seri untuk mendahului secara keseluruhan dengan 11 kemenangan berbanding lapan buat Real daripada 21 pertembungan.
Real mengekalkan rentak positif sejak menundukkan Barcelona pada final Piala Raja Sepanyol disusuli kemenangan pada separuh akhir pertama ke atas Bayern apabila membenam Osasuna 4-0 dalam liga Sepanyol Sabtu lalu.
Bayern Munich bercadang menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, awal pagi esok selepas tidak pernah tewas kepada kelab gergasi Sepanyol itu di laman sendiri.
Pengendali dari Itali itu menegaskan kedua-dua pemain itu cergas untuk diturunkan di Arena Allianz.
“Saya yakin apa saja kesebelasan utama yang akan dipertaruhkan akan mempunyai keghairahan dan teruja bermain dalam perlawanan besar ini,” tegas Ancelotti.
“Objektif kami adalah menjaringkan gol, bukan bertahan dan itulah pendekatan akan kami teruskan.” Ancelotti tidak pernah tewas kepada kelab Jerman dalam enam pertemuan ketika mengurus AC Milan, namun kunci utama perlawanan awal pagi esok adalah siapa lebih dulu menjaringkan gol.
Real mengunjungi ibu negara Bavaria itu dengan kelebihan jaringan tunggal minit ke-19 disempurnakan Karim Benzema pada separuh akhir pertama di Madrid minggu lalu dan dilihat mahu membalas dendam kekalahan di peringkat sama kepada Bayern dua tahun lalu.
Pemenang Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo membuktikan dia cergas bagi pertemuan di Munich selepas kecederaan hamstring dengan menyumbat dua gol sekali gus membolehkannya mengumpul 47 gol musim ini.
Jurulatih Real Carlo Ancelotti merehatkan pemain bintang Benzema yang mengalami kecederaan lutut pada separuh akhir pertama dan Gareth Bale yang baru pulih daripada selesema di Osasuna.
Via-MyMetro|AFP