Video Pendekar Dari Pahang Tak Puas Hati Bomoh VIP
Jika semalam seorang penduduk Rembau tampil menepis kelancangan mulut Ibrahim Mat Zin (Bomoh VIP), hari ini pula video Pendekar Pahang ini t...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/03/video-pendekar-dari-pahang-tak-puas.html
Jika semalam seorang penduduk Rembau tampil menepis kelancangan mulut Ibrahim Mat Zin (Bomoh VIP), hari ini pula video Pendekar Pahang ini turut tersebar menceritakan siapa sebenarnya Ibrahim Mat Zin ini. Fuhhh!
SELEPAS Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin menyuarakan cabarannya kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin termasuk ugutan untuk menampar beliau seperti menampar buaya, tampil seorang pendekar menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap Ibrahim.
Lelaki itu yang mendakwa dirinya sebagai Anak Jati Pahang bercakap dalam satu rakaman video dengan memeluk keris dimuatnaik di laman Facebook Raja Bomoh Malaysia berkata individu seperti Ibrahim tidak boleh dipercayai.
Menurutnya, video itu dirakamkan bertujuan untuk menjawab cabaran Ibrahim yang mahu menampar Ketua Pemuda Pergerakan UMNO itu.
“Saya terpanggil untuk merakam video ini kerana kelancangan dan kelantangan Ibrahim Mat Zin mencabar Khairy, saya begitu benci kerana Ibrahim telah menggunakan dan menjual nama bekas Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak yang menjadi kesayangan orang-orang negeri Pahang.
“Menjual nama-nama orang-orang yang telah meninggal dunia, Allahyarham Datuk Harun Idris yang kita tahu memang seorang pendekar terbilang pada 13 Mei,” katanya.
Video abang besar Rembau