Masih Kayuh Beca Demi Sara Anak - Bapa 69 Tahun
“Hingga kini, sudah tujuh kali saya sekeluarga berpindah rumah kerana tidak mampu bayar sewa,” kata seorang warga emas, Senin Ahmad, 69, ket...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/03/masih-kayuh-beca-demi-sara-anak-bapa-69.html
“Hingga kini, sudah tujuh kali saya sekeluarga berpindah rumah kerana tidak mampu bayar sewa,” kata seorang warga emas, Senin Ahmad, 69, ketika diziarahi pegawai Jabatan Kebajikan Malaysia, semalam.
Senin berkata, sebelum ini dia bekerja sebagai pengayuh beca lebih 30 tahun bagi menyara isteri, Inah Samad, 73, dan dua anak, Mohd Kamarudin, 44 dan Azizah, 50, yang merupakan orang kurang upaya (OKU).
Menurutnya, atas faktor usia dan masalah lutut, kini dia tidak lagi bekerja dan bergantung kepada pendapatan anak bongsu, Shakinah, 40.
“Pakcik dah tak larat bekerja, kini pakcik, makcik dan dua lagi anak bergantung kepada Shakinah, tapi gajinya sebagai tukang sapu pun bukan banyak,” katanya.
Senin berkata, jika keadaan terlalu mendesak, dia akan gagahkan diri mengayuh beca untuk menanggung keperluan harian mereka sekeluarga.
“Mohd Kamarudin mengalami tekanan emosi, manakala Azizah pula separa lumpuh, mereka tidak mampu berbuat apa-apa," katanya.
Via-Sinar
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, Adnan Mohd Yassin berkata, Mohd Kamarudin dan Azizah menerima bantuan pesakit terlantar, RM300 sebulan daripada JKM sejak tiga tahun lalu.
"Kita juga akan bantu Senin melalui bantuan orang tua sebanyak RM300 sebulan bermula April ini,” katanya.