Malaysia Perlu Sedia Hadapi Satu Lagi Krisis - Tun Mahathir
"Dengan krisis kewangan semasa dan yang lepas, kita perlu meneliti dan seterusnya mencari idea-idea mengenai cara bagi menyediakan diri...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/03/malaysia-perlu-sedia-hadapi-satu-lagi.html
"Dengan krisis kewangan semasa dan yang lepas, kita perlu meneliti dan seterusnya mencari idea-idea mengenai cara bagi menyediakan diri kita untuk mengatasinya," kata beliau pada sidang akhbar selepas sesi meja bulat antarabangsa Yayasan Kepimpinan Perdana, mengenai 'Bertahan Dalam Krisis Kewangan Global Akan Datang', di sini, Isnin.
Malaysia perlu bersedia untuk berdepan dengan satu lagi krisis kewangan dunia yang dijangka berlaku berikutan kenaikan harga dan kurang kuasa membeli.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata negara perlu merangka strategi berdasarkan pengalaman lalu dan mencari punca krisis.
Beliau berkata peringkat pertama akan melibatkan memahami mekanisme dan apabila dicapai, krisis berkenaan boleh diuruskan.
"Saya bekas doktor dan pendekatan kita perlu seperti seorang doktor," kata beliau.
Sesi meja bulat itu membincangkan cara-cara untuk mengatasi krisis kewangan dan hasilnya akan dikemukakan kepada kerajaan.
Sesi itu dianjurkan Yayasan Kepimpinan Perdana dan ditaja oleh YTL Corp Bhd, Malaysia Airlines, Bina Puri, Westports, AmBank, UEM dan Bank Rakyat.
Sementara itu, Tun Mahathir berkata beliau sedih dengan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, sejak 8 Mac lepas.
"Anehnya ia tidak boleh dikesan melalui satelit dengan 20 negara membantu dalam usaha mencari dan menyelamat," kata beliau.
Via-Mstar