Imam Muda Hassan Bersuara Tentang Isu Hanez Suraya
Imam Muda musim kedua telah bersuara memperkatakan tentang isu ini di laman Facebook beliau. Walaupun tidak disebut mana-mana nama, semua ya...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/03/imam-muda-hassan-bersuara-tentang-isu.html
Imam Muda musim kedua telah bersuara memperkatakan tentang isu ini di laman Facebook beliau. Walaupun tidak disebut mana-mana nama, semua yang membaca boleh mengagak ianya ditujukan pada Hanez.
Katanya, “Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara! Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi halal. Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram. Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja… Lepas itu nak bawa naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang. Jangan cuba menghalalkan yang haram!”.
Tambah imam bernama Hassan ini, perkara ini memang harus dibangkitkan dan mereka harus peka serta jangan menghalalkan apa yang haram.