Norshahrul Idlan Talaha dikenakan Denda RM5000
Penyerang Johor DT, Norshahrul Idlan Talaha dikenakan denda RM5,000 akibat kesalahannya tidak hadir melapor diri pada hari pertama latihan p...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/02/norshahrul-idlan-talaha-dikenakan-denda.html
Penyerang Johor DT, Norshahrul Idlan Talaha dikenakan denda RM5,000 akibat kesalahannya tidak hadir melapor diri pada hari pertama latihan pusat skuad kebangsaan.
Pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan penyerang berasal dari Terengganu itu didenda akibat kesalahannya sebelum ini dan berharap hukuman itu memberi pengajaran kepada pemain berkenaan dan pemain lain.
“Dia seorang pemain yang bagus dan kami sememangnya perlukan khidmatnya apabila menentang Filipina dan Yaman. Dia menelefon saya dan memberitahu urusan umrahnya ditangguhkan dan dia mahu sertai kita.
“Jadi saya sudah berbincang bersama jurulatih dan kami bersetuju menerimanya, tetapi dengan syarat Mat Yo perlu membayar denda.”
Utama tugasan negara
“Apa pun pemain itu didenda RM5,000 sebagai pengajaran supaya perkara ini tidak diulangi pemain lain. Kita mahu setiap pemain meletakkan tugasan mewakili pasukan negara sebagai perkara utama dalam karier mereka,” kata pengurus pasukan negara, Datuk Seri Subahan Kamal, semalam.
Subahan berkata, beliau faham mengenai rancangan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengerjakan umrah serta masalah peribadi yang dihadapinya.
“Kita bukan mahu menidakkan niatnya mengerjakan umrah cuma saya rasa pada masa akan datang pertindihan tarikh seperti ini dapat dielakkan.
“Yang penting dia sudah kembali bersama kita dan saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan. Biarlah dia memberi tumpuan dalam tempoh singkat ini untuk mempersiapkan diri bagi perlawanan persahabatan menentang Filipina esok dan perlawanan terakhir kelayakan Piala AFC bertemu Yaman di Dubai, Rabu ini,” katanya.
Cc : myMetro