Mulai 2015, BR1M Khas RM300 + BR1M 4.0 = RM950 Kepada Yang Layak

Mulai tahun depan, kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas yang menyaksikan bayaran tambahan RM300 kepada jumlah s...


Mulai tahun depan, kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas yang menyaksikan bayaran tambahan RM300 kepada jumlah sedia ada bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.

Pemberian wang tambahan itu telah dimuktamadkan semasa Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Wang sebanyak RM300 ini adalah bantuan khas berikutan pelaksanaan GST," katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini bermakna jika penerima sekarang menerima RM650, RM450 dan RM250, pada 2015 wang bantuan itu akan meningkat kepada RM950, RM750 dan RM550.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, rang undang-undang berhubung akta GST akan dibentangkan di Parlimen pada Mac ini oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah.

"Rang undang-undang itu dijangka didebat dan diharap selesai pada Mac ini supaya Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) juga dapat dimansuhkan menjelang pelaksanaan GST.

Sumber :  - MalaysiaGazette

"Pemansuhan SST itu melibat cukai jualan 5.0 peratus dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6.0 peratus," katanya.

Setakat ini undang-undang berkenaan masih dalam penelitian peringkat akhir oleh Peguam Negara.

Related

info semasa 4920709063311577461

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .