Wawa Zainal Akan Kembali Berlakon dibawah Pengurusan Aeril Zafrel
PETALING JAYA : Pelakon Aeril Zafrel memberitahu isterinya, Wawa Zainal akan kembali aktif di bidang lakonan selepas hampir setahun berehat ...
http://mediafantasia.blogspot.com/2014/01/wawa-zainal-akan-kembali-berlakon.html
PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel memberitahu isterinya, Wawa Zainal akan kembali aktif di bidang lakonan selepas hampir setahun berehat daripada sebarang aktiviti seni.
Aeril berkata, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 23, sudah pun menerima beberapa tawaran berlakon namun semua projek tersebut adalah di bawah pengurusan artis milik Aeril sendiri.
“Sebelum ini Wawa mengambil pendekatan untuk memberi sepenuh tumpuan pada anak kami, Ahmad Fakharuddin Attar (yang berusia empat bulan). Insya-Allah untuk tahun 2014 ini, Wawa akan kembali dengan beberapa projek dan semua itu adalah di bawah pengurusan pihak saya.
“Selain itu saya juga sedang sibuk di set penggambaran filem selain ada dua penggambaran drama bersiri yang akan dijalankan tidak lama lagi,” katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp dari Scotland pada malam Selasa.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 26, bersama isteri dan anak mereka bercuti di Eropah termasuk London sejak Disember lalu.
Beritahu pelakon yang popular dengan drama Cinta Jannah ini, pemergian mereka ke London dan Scotland juga atas urusan kerja, selain mahu mengenali budaya dan kehidupan masyarakat negara luar.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kehidupannya sejak bergelar bapa, Aeril berkata, dia sukar untuk menggambarkan keseronokan apabila memegang status itu.
Malah dia juga mula memahami erti pengorbanan seorang bapa yang sanggup lakukan apa saja demi anaknya.
“Apabila menjadi seorang ayah, saya semakin menghargai dan memahami pengorbanan, perjuangan dan kasih sayang mereka yang sudah bergelar ‘ayah’.
“Detik indah yang saya rasai iaitu saat menidurkannya. Kemudian apabila anak sudah pandai tersenyum dan tergelak kecil melihat saya ketika sedar daripada tidur adalah sesuatu yang amat bermakna,” ujarnya.
Sumber dipetik dari Mstar Online