Sharifah Aleya kini Sah Bergelar isteri Miko

KUALA LUMPUR: Kegagalan lalu tidak melunturkan semangat wanita genit ini untuk kembali melangkah ke gerbang perkahwinan. Dengan dua kali laf...


#30 Nikah Pagi Tadi, Sharifah Aleya Selamat Bergelar Isteri Kepada Miko - ROTIKAYA

KUALA LUMPUR: Kegagalan lalu tidak melunturkan semangat wanita genit ini untuk kembali melangkah ke gerbang perkahwinan.

Dengan dua kali lafaz, Leya atau nama penuhnya Sharifah Aleya binti Syed Zainal Rashid sah menjadi isteri Mohammed Azam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Miko di kalangan rakan-rakan.

Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Al Mukarammah Sri Damansara, Ustaz Mat tepat jam 10 pagi dengan mas kahwin RM300. Leya menerima tiga dulang hantaran, dibalas lima dulang oleh pihak perempuan.
#32 Nikah Pagi Tadi, Sharifah Aleya Selamat Bergelar Isteri Kepada Miko - ROTIKAYA
Perkenalan mereka bermula sejak sama-sama membuat persembahan teater muzikal Terima Kasih Cinta pada 2011. Usai teater, persahabatan mereka menyepi sehinggalah pertengahan 2012.

Anak kembar Leya, Aza Ameena dan Asha Ameena juga kelihatan tidak kekok dengan Miko, yang mereka gelarkan sebagai Papa.

Ditanya tentang perancangan selepas ini, Leya berkata majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan di kampung halaman Miko di Kota Kinabalu sekitar Mac nanti.

#35 Nikah Pagi Tadi, Sharifah Aleya Selamat Bergelar Isteri Kepada Miko - ROTIKAYA

Leya mula berkecimpung dalam bidang seni sejak berusia 12 tahun sebagai pengacara rancangan Golden Teen Stuff di TV2.

Beliau kemudian menerima pengiktirafan sebagai Pelakon Harapan di Anugerah Skrin 2003 menerusi lakonannya dalam filem Idola arahan Aziz M. Osman.


Langkah anak Fatimah Abu Bakar ini tidak terhenti setakat bidang pengacaraan dan lakonan sahaja.

Pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menerusi watak Nurul Nadia dalam filem Trauma ini kemudian memulakan karier sebagai penyampai radio Hotfm sejak mula radio tersebut bersiaran pada 2006 sehingga kini.

Related

Info Artis 8729869990692415756

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .