Polis Dedah Punca Kematian Pasangan Bogel Dalam Kereta

Berdasarkan MyKad, mangsa lelaki dikenali sebagai Loke Yoke Kim, 58, seorang ahli perniagaan, manakala mangsa wanita, Yan Wai Leng, 51. Kedu...


Berdasarkan MyKad, mangsa lelaki dikenali sebagai Loke Yoke Kim, 58, seorang ahli perniagaan, manakala mangsa wanita, Yan Wai Leng, 51. Kedua-dua mayat ditemui selepas wanita itu mengambil keputusan ke premis perniagaan milik suaminya itu sekitar jam 9 malam dan melihat kepulan asap keluar dari premis itu.


Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, sebelum itu isteri mangsa dikatakan mencari suaminya selepas tidak pulang ke rumah sejak enam petang Khamis lalu. Isteri mangsa membuat laporan polis jam 7.55 petang berikutnya sebelum mencari mangsa di sekitar bandar raya ini, termasuk di pejabat suaminya. Menurut isteri mangsa, sejurus sampai di premis berkenaan, dia melihat asap keluar dari premis terbabit dan menemui kereta jenis Proton Wira milik suaminya dalam keadaan enjinnya masih hidup dengan penyaman udara terpasang. Katanya lagi, isteri mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati suaminya bersama seorang wanita lain sudah tidak sedarkan diri dalam keadaan bogel dan kemudian memaklumkan kepada polis. Kedua-dua mangsa terbabit disahkan meninggal dunia apabila polis sampai ke tempat kejadian. Beliau juga berkata, polis sedang siasat sama ada ia mempunyai unsur jenayah atau tidak. Siasatan awal pihaknya dapati mayat kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan dan kita menunggu laporan forensik sebelum siasatan lanjut dijalankan.


“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian. Pemeriksaan lanjut turut menemui sebuah lagi kereta jenis Proton Iswara milik wanita itu yang diletakkan berhampiran premis kedai berkenaan,” katanya. Menurutnya, mangsa wanita seorang ibu tunggal dipercayai mempunyai seorang anak perempuan berusia 17 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, yang dihubungi media semalam berkata bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mati mengejut. Bedah siasat mendapatipasangan itu meninggal berpunca daripada keracunan karbon dioksida. Sampel darah kedua-dua mangsa akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis ujian toksicology. Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa sudah dituntut ahli keluarga masing-masing untuk upacara pengebumian.

“Laporan bedah siasat oleh Dr Ikraq Zhafirin mendapati punca kematian pasangan rakyat tempatan ini adalah keracunan gas karbon monoksida. Tiada kesan pergelutan atau unsur jenayah didapati pada tubuh atau sekitar lokasi mayat mangsa ditemui. Mayat kedua-dua mangsa dituntut keluarga masing-masing. Bagaimanapun, sampel darah kedua-dua mangsa akan dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh untuk analisis ujian toksicology, Isnin ini,” katanya.

p/s: Punca kematian kerana keracunan karbon dioksida. Selebihnya kena tunggu laporan daripada Jabatan Kimia pula…

SUMBER :AMMBOI.COM

Related

info semasa 7928316192492991722

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .