Mariah Carey Dibayar RM 5.4 Juta Oleh Anak Sultan Brunei

LONDON – Permulaan tahun yang menggembirakan bagi Mariah Carey. Dia dikhabarkan dibayar sebanyak RM5.4 juta oleh anak Sultan Brunei, Putera ...


LONDON – Permulaan tahun yang menggembirakan bagi Mariah Carey. Dia dikhabarkan dibayar sebanyak RM5.4 juta oleh anak Sultan Brunei, Putera Azim hanya untuk menyanyikan tiga buah lagu di sebuah majlis tertutup di sini.

Majlis berkenaan diadakan di Hotel Dorchester dan difahamkan telah menghiburkan Putera yang berusia 31 tahun itu dengan tiga lagu termasuk Always Be My Baby dan Auld Lang Syne.

Carey mengenali Putera Azim sejak beberapa tahun lalu.

Mail Online melaporkan penyanyi itu bersama dua anak dan suaminya telah diterbangkan dari Amerika Syarikat dengan jet khas dan ditempatkan di sebuah hotel mewah dengan bayaran kira-kira RM27,000 semalam.


Carey mengadakan persembahan itu bersama penyanyi veteran Diana Ross pada malam tahun baru itu dengan tetamu lain yang turut dijemput adalah Jerry Hall, aktress Sophia Loren dan Faye Dunaway.

Dalam pada itu, jurucakap Carey mengesahkan penyanyi tersebut membuat persembahan pada majlis berkenaan namun enggan mengesahkan jumlah bayarannya.

“Ia adalah majlis tertutup jadi kami tidak membincangkan soal bayaran. Mariah telah mengenali Putera Azim sejak beberapa tahun lalu,’’ katanya.

Minggu lalu, penyanyi itu dikatakan menerima bayaran hampir RM3.2 juta bagi mengadakan persembahan 
untuk Presiden Angola, Jose Eduardo Dos Santos.

Persembahan itu ditaja oleh Unitel, sebuah syarikat telefon yang dimiliki oleh anak Dos Santos iaitu Isabel.

Mariah telah diterbangkan ke London bersama suami dan anak kembar beliau dengan jet peribadi dan telah bermalam di Harlequin Suite yang dikatakan dimiliki Agensi Pelaburan Brunei.

P/S: Kalau anda juga mahukan Mariah Carey menyanyi di pesta anda, pastikan mula menabung dari sekarang.

Related

Isu Dunia 8207903280708812125

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .