Johor Darul Takzim II Sasar empat kelompok teratas Liga Perdana

SKUAD bola sepak Johor Darul Takzim II (JDT II) kini sudah hampir bersedia sepenuhnya untuk menggalas misi menduduki empat kelompok teratas ...



SKUAD bola sepak Johor Darul Takzim II (JDT II) kini sudah hampir bersedia sepenuhnya untuk menggalas misi menduduki empat kelompok teratas dalam saingan Liga Premier musim depan.

Gambar: SHAHRIL ISHAK KAPTEN JDT II.                                Bekas kapten LionXII, Shahril Ishak menjadi ketua pasukan JDT II, manakala See Kok Luen diangkat menjadi pembantu ketua pasukan. Jurulatih JDT II, Azmi Mohamad ketika dihubungi berkata kedua2 pemain mempunyai pengalaman luas dan diyakini boleh memimpin pemain muda skuad berkenaan.                    Beliau juga berpuashati dengan keputusan perlawanan persahabatan menentang ATM walaupun tewas 1-2. Katanya, Perlawanan malam tadi berjalan sengit dan pemain2 dapat menimba pengalaman dalam perlawanan yg kompetetif sebegini. Walaubagaimanapun, beliau masih belum dapat menurunkan penyerang import dari Sepanyol, Braulio Nobrega kerana bimbang kecederaan. "Pemain ini mungkin hanya akan diturunkan 10-15 minit pada perlawanan menentang Harimau Muda B, Isnin nanti di Padang Wisma FAM, sebelum diturunkan sepenuh masa dalam satu lagi perlawanan persahabatan menentang Pos Malaysia, 8 Januari nanti di Pasir Gudang,"katanya kepada majalah Harimau Selatan, sebentar tadi.              katanya lagi, beliau berterima kasih kepada penyokong Johor yang turut memberikan sokongan kepada pasukan bimbingannya,

Dengan mempertaruhkan empat pemain import dan beberapa pemain senior, jurulatih JDT II, Azmi Mohamed yakin sasaran tersebut adalah realistik meskipun sedar ia mungkin tidak memuaskan hati ramai peminat bola sepak Harimau Selatan.
Gambar: PERLAWANAN PERSAHABATAN | JDT II ( 5 ) VS ( 0 ) KEJORA FC  Senarai penjaring -Nicolas Delmonte  -Fandi Ahmad (2 jaringan) -Shahrudin Yakup  -Hairul Nizam Hanif  AYUH TERUSKAN USAHAMU - KAMI ADA BERSAMAMU  Photo : The Photoshooterz All Rights Reserved. Any unauthorized copy, modify or reproduce of the image are strictly prohibited
Musim 2014 ini bakal menyaksikan JDT II, pasukan kedua di belakang Johor Darul Takzim I (JDT 1), memiliki dua pemain import dari Sepanyol, Juan Manuel Carrasco (pertahanan tengah) dan Braulio Nobrega (penyerang), perancang Argentina, Nicolas Delmonte serta kapten Singapura, Shahril Ishak.

"Ketika ini kami telah memasuki fasa akhir latihan dan hampir 70 peratus bersedia untuk memulakan perjuangan," jelas Azmi kepada Kosmo! semalam.

"Dengan memiliki empat pemain import, saya rasa kami berkemampuan memberi cabaran dalam saingan Liga Premier musim depan, tetapi untuk menjuarainya kami masih belum pasti lagi.

"Ini kerana, saya berpendapat pasukan ini masih memerlukan sedikit masa lagi untuk menghasilkan satu gabungan mantap di antara pemain import, pemain senior dan juga pemain muda.

"Bukan saya tidak yakin dengan kemampuan kami, tetapi saya tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi kepada peminat, cukuplah saya beritahu yang kami mungkin berpeluang melakukan kejutan sekiranya memenangi saingan bertaraf kedua dalam Liga Malaysia ini," ujarnya lagi.

Setakat ini JDT II telah mengharungi enam perlawanan persahabatan dengan dua keputusan terakhir tumpas 1-2 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menang 4-1 ke atas Harimau Muda B.

Mereka kini akan berdepan tiga lagi aksi persahabatan dengan DRB HICOM pada 8 Januari ini, Geylang United (11 Januari) dan Melaka United (15 Januari).

"Setakat ini saya lihat tiada banyak masalah besar dalam pasukan kami, cuma saya masih belum mampu menurunkan skuad terkuat kerana kecederaan yang dialami oleh Zaquan (Adha Abdul Radzak) dan Braulio.

"Pada aksi persahabatan lalu, bahagian pertahanan kami banyak melakukan kesilapan mudah sehingga membenarkan pasukan lawan menjaringkan gol dan ini mungkin satu kelemahan yang saya perlu atasi dengan segera.

"Aksi pemain muda juga agak menggusarkan saya kerana mereka masih lagi kurang pengalaman dan perlu beraksi banyak perlawanan untuk mengutip pengalaman.

"Bagaimanapun saya yakin dengan kehadiran empat pemain import serta pemain senior seperti Zaquan, mereka mungkin mampu memberi bimbingan kepada pemain muda ini sedikit masa lagi," jelas Azmi.
sumber : Kosmo

Related

Info Sukan 6527419507021892728

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .