SENARAI YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA

1. -Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad -Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku  Besar Burhanuddin 31 Ogos 1957 - 1...



1. -Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
-Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku 
Besar Burhanuddin
31 Ogos 1957 - 1 April 1960 
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilanyang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960. 


2. -Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum 
Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
-Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad
14 April 1960 - 1 September 1960 
Gelaran penuhnya, Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alaiddin Sulaiman Shah (13 Mei 1898 - 1 September1960) merupakan Yang di-Pertuan Agong kedua yang bertakhta dari 1 April sehingga 1 September 1960, dan Sultan Selangor yang kelima.



3. -Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
-Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail
21 September 1960 - 20 September 1965 
Al-Marhum Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail (25 November 1920 - 16 April 2000) merupakan Yang di-Pertuan AgongMalaysia yang ketiga. Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 25 November 1920.


4. -Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan 
Zainal Abidin III
-Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja
21 September 1965 - 20 September 1970 
Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Zainal Abidin III Muazzam Shah (24 Januari 1907 - 29 September 1979) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang keempat dari Negeri Terengganu Darul Iman. 


5. -Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim 
Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah 
-Tunku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman
21 September 1970 - 20 September 1975 
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011). 


6. -Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra
-Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra
21 September 1975 - 30 Mac 1979

Al-Marhum Tengku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim (10 Disember 1917 - 29 Mac 1979) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang keenam. Diputerakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu.


7. -Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum 
Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah
-Tengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang
26 April 1979 - 25 April 1984
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shahyang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketujuh, memerintah negara dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984.Sultan Haji Ahmad Shah telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang pada 24 Oktober 1930.


8. -Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj 
ibni Almarhum Sultan Ismail
-Sultanah Zanariah bintii Tengku Ahmad Panglima Raja
26 April 1984 - 25 April 1989
DYMM Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail al-Khalidi (8 April 1932 - 22 Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981.


9. -Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan 
Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu- lahu
-Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
26 April 1989 - 25 April 1994
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan Sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994. Baginda dilahirkan pada 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda adalah anakanda Sultan Yussuf Izzuddin Shah.


10. -Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
-Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
26 April 1994 - 25 April 1999
Al-Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (19 Julai 1922 - 27 Disember 2008) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesepuluh. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922 di bandar diraja Klang, Selangor. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama.


11. -Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum 
Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj
-Tuanku Siti Aisyah binti Abdul Rahman
26 April 1999 - 21 November 2001
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-11 (26 April 1999 - 21 November 2001). Yang di-Pertuan Agong ialah panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Baginda menjadi Sultan Selangor selama 41 tahun (1960-2001).


12. -Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra 
Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
-Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
13 Disember 2001 - 12 Disember 2006
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (lahir: 1943) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysiayang kedua belas. Baginda merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis Indera Kayangan sejak 24 April 2002 hingga sekarang.Baginda diputerakan di Arau,Perlis pada 17 Mei 1943. Baginda merupakan putera kedua daripada 10 putera dan puteri Almarhum Tuanku Syed Putra Jamallulail dan Tengku Budriah Tengku Ismail.Pemerintahan baginda bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya,Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor



13.-Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah, Al-Sultan 
Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud 
Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj 
-Tuanku Nur Zahirah
13 Disember 2006 - 12 Disember 2011
Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (lahir pada 22 Januari 1962) adalah Sultan Terengganuyang ke-16. Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011. 




14.-Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul 
Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah 
-Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun 
13 Disember 2011 - sehingga kini
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).

Related

Info Fakta 9196702553373907986

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .