Kenaikan Sara Hidup Orang Kurang Tenang Orang Kurang Bersyukur - Prof Muhaya
Hujah Prof Muhaya ; 1. Simpati terhadap kenaikan kos sara hidup. 2. Konsep dunia tiada situasi harga barang akan turun. Semua harga barang a...
http://mediafantasia.blogspot.com/2013/12/kenaikan-sara-hidup-orang-kurang-tenang.html
Hujah Prof Muhaya ;
1. Simpati terhadap kenaikan kos sara hidup.
2. Konsep dunia tiada situasi harga barang akan turun. Semua harga barang akan naik.
3. Jangan fikir pasal kenaikan harga barang. Sebaliknya fikir macam mana nak tanggani kenaikan harga barang.
4. Formula = fikir positif = respon positif. Jika fikir negatif maka respon kita mesti negatif. Fikirlah sebaliknya.
5. Tanya kan pada diri sendiri macam mana nak mampu beli barang itu berbanding aku tidak mampu beli barang itu.
6. Tingkatkan pendapatan dengan benda yang berkat. Orang lelaki kena kerja lebih. Wanita yang ada bakat, push kepada bakat yang dia ada. Merokok bakar wang. Kenapa nak merokok juga? Contohnya, pergi supermarket beli ais gas. Aiskrim, ais gas jangan beli. Benda2 takde nutrisi. Kurangkan perbelanjaan yang tidak penting. Minum air yang bersih. Makanan yang sihat. Kalau ada rumah, tanam sendiri. Tingkatkan pendapatan.
7. Kenapa saya tak cukup duit? Manusia dinilai berdasarkan kepada nilai kerja yang dia lakukan selama neh.
8. Manusia sibuk mengejar benda yang Allah dah janji, iaitu rezeki.
9. Adakah kita dah buat semua2 benda yang Allah dah suruh selama neh? Allah dah tetapkan rezeki, jangan sibuk dengan perkara yang Allah dah jamin. Jaga urusan Allah, maka urusan kita dah tersedia terjaga.
10. Kalau kita tak buat apa yang Allah suruh macam mana Allah nak jaga kita. Jangan sibuk cari rezeki sampai terlupa tanggungjawab kita dengan Allah. Rezeki tak berkat. Duit hilang, anak sakit, kereta rosak. Siapa yang menentukan semua ini. Sapa menentukan duit kena curi, anak sakit, kereta rosak? Semuanya Allah SWT. Kita kejar akhirat, dunia kejar kita.
11. Orang yang tertekan (kos sara hidup) ialah orang yang ego kerana mereka lebih yakin dengan manusia, dengan diri mereka berbanding Allah.
12. Ehh aku takde duit pun aku boleh bernafas, tapi aku takde duit neh. Orang yang kurang tenang ialah orang yang kurang syukur. Kurang syukur = kurang sifat taqwa = takde sifat ehsan = tak beriman kepada rukun iman.
13. Kalau kita sentiasa bersyukur, aura positif, magnet positif.
14. Orang yang berjaya sentiasa bermulut baik.
15. Orang negatif, orang susah sentiasa bersikap negatif, tamak, dengki, dendam, suka sakit ahti.
16. Orang yang genius dia dah siapkan semua benda2 yang perlu dipersiapkan. Sebelum kahwin dah siap sedia semua. Sebelum anak beranak dah siapkan semua tabung pendidikan anak2..
17. Betulkan diri sebelum sibuk betulkan orang lain. Selamat tinggal kepada alasan. Orang berjaya = buat pilihan, orang tidak berjaya = buat alasan.
18. Jangan ada emosi marah, menyalahkan orang, dendam, sakit ahti = fikir negatif, bertindak negatif, hasil negatif.
19. Sila bersyukur, murah ahti, tolong orang. Jangan kutuk orang yang buat salah. Jangan ada dalam ahti benci orang sebab tak sempurna iman.
20. Jaga ibadah kita, jaga akhlak kita, kita akan bahagia dunia dan akhirat.