Video dan Gambar Terkini Tangkapan Suspek utama dalam kes menembak mati pegawai AmBank

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan bahawa suspek yang dikehendaki bagi k...




KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan bahawa suspek yang dikehendaki bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank cawangan Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi.

"Syabas pasukan Ops Cantas Bukit Aman... terima kasih rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM Malaysia," ujar Khalid di laman mikto Twitter miliknya.

Sementara itu, menurut Facebook Polis diRaja Malaysia (PDRM), suspek berjaya diberkas jam 7.00 pagi tadi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi.

Penahanan dibuat atas maklumat yang diberikan kepada agensi itu.

Facebook yang memetik kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu berkata, pihak polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan.

Pihak polis merakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keprihatinan dalam kes ini.




Related

Isu Tempatan 4168927515261607781

Post a Comment

  1. Alhmdulillah..dpt tngkp pn syaitan ni...hukumlah dia seadil adilnya...takziah kepada kluarga mangsa...

    ReplyDelete

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .