TMJ mahu tahu Pilihan Amirul Hadi

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim atau Pahang? Itu persoalan yang perlu dijawab Mohd Amirul Hadi Zainal kepada Presiden Persatuan Bolasepak N...



JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim atau Pahang?

Itu persoalan yang perlu dijawab Mohd Amirul Hadi Zainal kepada Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berikutan berita pemain tengah itu sudah menandatangani sambungan kontrak dengan pasukan Pahang.

Tunku Ismail dalam sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi di sini hari ini berkata, Mohd Amirul sebelum ini telah menyatakan hasrat bermain untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) pada kempen bola sepak Malaysia akan datang.

“Beliau dan keluarga beliau telah menghubungi PBNJ dan menyatakan hasrat untuk bermain untuk JDT. Pemain-pemain baharu yang lain sudah mengesahkan mereka akan bermain untuk JDT kecuali Mohd Amirul,” katanya.

Tunku Ismail mengharapkan yang terbaik buat anak bekas pemain Selangor era 90-an Zainal Nordin sekiranya mengambil keputusan untuk kekal bersama-sama skuad Tok Gajah itu.

Dilaporkan sebelum ini Presiden Persatuan Bolasepak Pahang Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mendakwa Mohd Amirul sudahpun menyambung kontrak untuk bermain dengan pasukan tersebut.

JDT telah menandatangani pemain baharu yang terdiri daripada Norazlan Razali, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mahali Jasuli dan Mohd Amri Yahyah dari Selangor; Mohd Daudsu Jamaluddin, S. Subramaniam, Mohd Syakir Syaari dan Mohd Nor Farhan Muhammad dari Kelantan; pemain Lions XII Hariss Harun, pemain Negeri Sembilan Mohd Nazrin Mohd Nawi serta pemain Harimau Muda A Mohammad Fadhli Mohammad Shas dan Mohd Irfan Fazail.

Mengenai musim depan, Tunku Ismail berkata pengurus JDT Cesar Ferrando Jiminez telah melakukan tugas yang baik di dalam menyediakan pasukan itu.

Katanya, pemain-pemain muda tempatan menjadikan Pablo Aimar dan Braulio Nobrega Rodriguez sebagai ‘role model’ mereka dengan harapan prestasi luar musim mereka kini dapat berterusan sehingga ke Liga Malaysia nanti.

Tunku Ismail turut mengumumkan JDT yang dulunya dikenali sebagai Johor Darul Takzim akan dikenali sebagai Johor Darul Ta’zim manakala Johor FA yang bermain di dalam Liga Premier akan dikenali sebagai Johor Darul Ta’zim II. – BERNAMA

Related

Info Sukan 8141116710920386331

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak Media Fantasia Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Protected by Copyscape Web Plagiarism Scanner

My Blog List

Blog Archive

Connect Us

item
Seorang blogger biasa yang ingin berkongsi apa sahaja kisah dan pelbagai cerita menarik. Kalau korang suka jom follow .